Kesan Pencemaran radiasi nuklear

Loji reaktor nuklear jepun yang mengalami kebocoran teruk akibat dari gempa bumi dan thsunami yang melanda negara itu,kini dilaporkan berada di ambang kebocoran yang kritikal,namun usaha dan jaminan perdana menteri jepun bahawa mereka mampu mengawalnya adalah sesuatu yang sukar,kerana radiasi-radiasi yang terbebas bergerak mengikut udara,

 Sebelum ni pun jepun bagi kenyataan mereka mempunyai peralatan canggih untuk mengesan gempa dan thsunami,tapi seperti yang kita ketahui thsunami datang tanpa dapat dihalang dan tersasar dari ramalan mereka,tidak ada apa2 yang mampu dilakukan untuk menghalang hukum alam.

Walaupun jepun berada jauh,kesan pencemarannya kepada malaysia sukar dipastikan,oleh itu elakkan dari terkena@main hujan buat masa ni,kerana berkemungkinan hujan tersebut memberi kesan pada kesihatan.

Kesan pencemaran radiasi kepada hidupan:
  • Pendedahan radiasi berukuran 100 Rems akan merosakkan sistem peredaran darah menyebabkan sel limfosit darah akan berkurangan. Simptom awal selesema.
  • Pendedahan kepada radiasi berukuran 200 Rems ke atas menyebabkan keguguran rambut dengan cepat, kerosakan saluran usus yang mengakibatkan mual, muntah dan cirit-birit. Pada kekuatan ini, radiasi boleh menyebabkan kerosakan saluran peranakan.
  • Radiasi nuklear berukuran 1,000 hingga 5,000 Rems mengakibatkan kerosakan kepada pembuluh darah dan boleh menyebabkan jantung gagal berfungsi dan kematian.
  • Pendedahan langsung kepada radiasi berukuran lebih 5,000 Rems akan menyebabkan sel otak rosak, selain membunuh sel saraf dan merosakkan pembuluh darah dalam jantung.
  • Dalam jumlah tertentu, iodin radioaktif boleh merosakkan sebahagian atau seluruh bahagian kelenjar tiroid yang mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.
  • Menurut data kesan pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima menunjukkan mangsa cuma bertahan selama 10 tahun dan berdepan risiko jangka panjang seperti leukemia dan barah limfoma.

0 comments/pendapat:

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...