Botol susu bayi polikarbonat Diharamkan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kenyataan akhbar secara rasmi berhubung pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bahan Bisphenol A yang boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh pada 14 Mac 2011 oleh Y.B. Dato' Sri Liow Tiong Lai.
Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.

Kerajaan Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat (AS) juga mengambil langkah yang sama berikutan kesan sampingan penggunaan botol susu polikarbonat,sebarang pertanyaan lanjut hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian:
03-88833652/88833653/88833655 atau melayari laman web http://moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my.

0 comments/pendapat:

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...