Akhirnya misteri penyebaran video seks Dato Anwar@pemimpin pembangkang didedahkan sendiri oleh Datok "T' melalui sidang media,sama ada pelakon seks dalam video tu Anwar atau tidak sama-sama lah kita dapatkan sendiri video tu ye, senang sikit nak mengecamnya dan kalau terbukti,bermakna pak nuar dalam masaalah besar la lepas ni.
Berikut adalah pendedahan dan perbualan antara Datok Trio dan Wartawan:
Shazryl Eskay: “Sebenarnya (selepas) saya menunaikan umrah dan haji, saya rasa dipergunakan oleh Anwar sekian lama. Saya kenal Anwar sejak 1996.”
Rahim Tamby Chik: “Saya mengambil keputusan mendedahkan video seks ini bagi menegakkan kebenaran demi rakyat Malaysia mengenai akhlak sebenar pemimpin utama pembangkang ini.
Kami juga tampil mendedahkan identiti masing-masing kerana tidak mahu pembohongan, fitnah serta putar belit terus berleluasa menjadi asas politik di negara ini yang ditunjangi oleh pemimpin pembangkang tersebut.
Mengapa pilih Carcosa Seri Negara?
Rahim Tamby Chik: “Carcosa dipilih kerana mereka hendak tempat yang eksklusif dari segi keselamatan.”
Shazryl Eskay: “Kita tidak dapat perlindungan daripada polis, jadi saya tanya Tan Sri di mana tempat yang selamat dan Carcosa dikenal pasti. Sebenarnya kita hendak bagi lima orang wartawan sahaja yang tengok tetapi yang datang lebih 20 orang.”
Mengenai Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail?
Shazryl Eskay: “Seseorang (lelaki) menelefon saya, dia datang nak tengok video itu semalam. Saya kata okay, saya akan aturkan tempat untuk dia tengok. Tapi lelaki itu kata tidak dan nak datang sendiri untuk ambil video. Jadi, patutkah saya bagi video itu? (Dijawab ‘tidak!’ oleh wartawan). Dia kawan baik kepada Wan Azizah.”
Mengenai penglibatan Johari Abdul?
Abdul Rahim dan Shazryl Eskay mendakwa Johari mengakui lelaki dalam rakaman video berkenaan adalah pemimpin parti pembangkang berkenaan. Bagaimanapun sebaik pulang daripada menonton video itu, Johari menghubungi Shuib meminta wang pelincir. Johari juga meminta bayaran bagi tujuh ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk keluar parti. Permintaan itu ditolak.
Abdul Rahim: “Saya segera arahkan semua itu dihentikan. Ini bukan soal beri wang. Kita hendak tegakkan kebenaran. Kita bersusah payah untuk tegakkan kebenaran dan kita menghadapi rakyat Malaysia sebagai hakim yang bijaksana. Kerana itu walaupun semalam Ahli Parlimen ini (Johari) cuba membawa tujuh ahli Parlimen untuk temui kita. Kita tolak kerana kita tidak berminat sama sekali soal kewangan. Sedangkan misi sebenar untuk melihat kebenaran ini ditegakkan demi rakyat Malaysia.
Mengapa dedahkan sekarang?
Shazryl Eskay: “Ini bukan soal masa tapi yang cukup, cukuplah. Kebenaran mesti diberitahu.”
Mengapa tidak dedahkan kepada polis?
Shazryl Eskay: “Setiap kali polis dilibatkan, akan dipusing. Selalu akan dianggap konspirasi kerajaan. Saya bukan orang politik. Tapi saya pasti seseorang sudah melakukan sesuatu yang salah. Sebab itu kita biar wartawan yang putuskan. Kita bagi mereka tengok sendiri.
Siapa lagi terlibat?
Shazryl Eskay: “Tiada orang luar. Semua tiga ini, tiada sesiapa lagi. T untuk tiga atau trio.”
by-utusan
Top Posts
-
Cara jernih lampu dan buat Smoke Lamp sekaligus. Salam semua... hari ni aku nak kongsi satu cerita yang buat julung-julung kalinya di pame...
-
Berikut adalah pekeliling baru untuk pengubahsuaian kenderaan persendirian SURAT PEKELILING BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF Bilangan 1 T...
-
Hundreds of Indonesian Islamists rallied in central Jakarta to demand the stoning to death and public caning of celebrities who allegedly ap...
-
PROTON JEBAT 2012 with MITSUBISHI MIVEC TURBO engine. PROTON And MITSUBISHI Motors To Pursue Broad Ranging Strategic Collaboration S...
-
nissan cefiro a31 rb20det My turbo car project is completed successfully, with new white paint, new bumper,new body kit. rb20det eng...
-
Pada pendapat aku sudah tentu ramai yg sudah tahu bagaimana untuk menukar had pengeluaran tunai di bank, dan mungkin juga ada yang masih tid...
-
Latest H onda Civic 2012-fuel economy , sporty performance, smart packaging, alternative fuels and long-term value.... POWER OF ...
-
Salam dan selamat hari-hari buat semua yang tak jemu-jemu berkunjung,dikunjung,mengunjung,pengunjung dan terkunjung kesini... Dipendekkan ...
-
NEONODE N2 PHONE MADE IN MALAYSIA. The most recent developments in mobile phone technology is the new popularity of the touch screen. N...
-
Peringatan buat ahli kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP). #KWSP mengumumkan terdapat aplikasi perisian mudah alih haram oleh pihak ketig...
3 comments/pendapat:
KITA TENGOK SIAPA MAIN SIAPA..
ape2 aje la diaorg nie..xphm sungguh la..dah mcm2 hal skrg!!
Meh sini: Kesian Ct Nurhaliza!!
itu la,kalau dah buat ngaku kan senang,mcm dr chua so lek hari tu,gentle ngaku trus.. tapi kalau dalam gambar tu bukan anwar, 'masak' la org yg buat cerita tuh.. ada sesiapa dah tonton ka video tu?
Catat Ulasan