Salam dan selamat hari-hari buat semua yang tak jemu-jemu berkunjung,dikunjung,mengunjung,pengunjung dan terkunjung kesini...
Dipendekkan cerita aku ada nak jual beberapa part honda seperti list dibawah:
#Lampu accord sv4 tu ada dua jenis,satu yang smoke dan satu lagi tak smoke,harga bole minta aku nak dengar,kalau harga menawan kalbu,kira jadi..
#Bumper original sv4 original ni dari keta aku,cat masih segak tampan bergaya+lip sekali,hrga buleh lelong tgok berapa berani...
#Rim 15 ni berpasangan dengan tayar michellen&yokohama,rim sudah polish kasi kilat cermin buleh suloh muka tu,harga kita bincang sama-sama semangat 1malaysia.
#Rim ala Titan racing ni saiz 16,dengan koler tepi lebar cam koler baju elvis presly,tayar dunlop 205/55/16 depan dengan belakang sama saiz..harga nego sampai lebam.
#Steering ni original mali punya,buleh plug kat sv4 atau sm4,keadaan tip top macam baru,kalo letak kat kedai tentu orang kata steering baru nih hu hu..
#Merujuk pada steering di atas tu,steering aku jual sekali dengan button auto cruise,berfungsi dengan cemerlang,harga bergantung pada cara korang mengayat aku,kalau ayat power leh dapt murah,semua bergantung pada faktor bahasa,suasana dan cuaca heeeeee..
#Parking pole kot kalau tak silap aku nama barang kat atas tu,harga malu nak letak la,pada yang berminat tu silakan letak harga,kita lelong sampai rentung..
#Side mirror sv4 sebelah kiri(bhgn penumpang),masih berfungsi,cuma ada kesan calar2 sebab kucing kat rumah aku jahat-jahat belaka,habis semua dicakarnya,tapi takpa aku dah kasi tendangan mat kilau kat kucing tu,lepas ni dia tak cakar lagi hik hik..
#Signal bumper sv4 kristal punya,rock macam kumpulan rock kristal lagi..Harga bagi macam harga selalu-selalu orang jual la kan,jangan minta harga sama macam signal proton saga pla ye..
#Mudflat honda accord sv4 ni 4ketul,depan belakang tapi nampak tak berapa cun sebab kotor tak basuh lagi,kalau dah cuci ni,mau nampak macam pipi dato siti nurhaliza nih..
#Danco twin hole exzos,keadaan barang sukar aku nak gambarkan dengan kata-kata..elok yakmat nih..harga buleh mengundi,murah-murah sudah la bagi..
#Grill G square kot nama grill ni,nak mengeja org putih aku tak berapa pandai ar,tapi amik dari half-cut,ada mark nmbor siri ketulenan bukan custom ye.
#Yang terakhir sekali pump klac sekali dengan valve spring ada dalm,barang ni memang elok,itu hari tersilap beli,ingatkan benda ni yang rosak,rupanya paip yang bocor..
Oil cath tank d1 spec complete dengan hos 1set,yg ni aku kena letak harga la sebab barang baru,tak mahal hanya rm100 ja nih.
Lock nut D1 spec,barang baru ,rm70 lebam punya harga.
Sekian saja lelong untuk hari ni,pada yg berminat leh tinggal butir2 kat ruangan komen tu,kalau nak aku poskan pun takda hal..
Top Posts
-
Cara jernih lampu dan buat Smoke Lamp sekaligus. Salam semua... hari ni aku nak kongsi satu cerita yang buat julung-julung kalinya di pame...
-
Berikut adalah pekeliling baru untuk pengubahsuaian kenderaan persendirian SURAT PEKELILING BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF Bilangan 1 T...
-
Hundreds of Indonesian Islamists rallied in central Jakarta to demand the stoning to death and public caning of celebrities who allegedly ap...
-
PROTON JEBAT 2012 with MITSUBISHI MIVEC TURBO engine. PROTON And MITSUBISHI Motors To Pursue Broad Ranging Strategic Collaboration S...
-
nissan cefiro a31 rb20det My turbo car project is completed successfully, with new white paint, new bumper,new body kit. rb20det eng...
-
Pada pendapat aku sudah tentu ramai yg sudah tahu bagaimana untuk menukar had pengeluaran tunai di bank, dan mungkin juga ada yang masih tid...
-
Latest H onda Civic 2012-fuel economy , sporty performance, smart packaging, alternative fuels and long-term value.... POWER OF ...
-
Salam dan selamat hari-hari buat semua yang tak jemu-jemu berkunjung,dikunjung,mengunjung,pengunjung dan terkunjung kesini... Dipendekkan ...
-
NEONODE N2 PHONE MADE IN MALAYSIA. The most recent developments in mobile phone technology is the new popularity of the touch screen. N...
-
Peringatan buat ahli kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP). #KWSP mengumumkan terdapat aplikasi perisian mudah alih haram oleh pihak ketig...
18 comments/pendapat:
bro, saya berminat nak beli ekzos dgn smoked headlamp tu, berapa nombor hp? atau call saya 012-2537091,
aku dah sms tadi kt nmbor di ats tu..sory arr lambt rply,aku baru buka blog ni..2 barang 1harga,kita nego sampai lebam.
headlamp,sportrim standet 15,exzos twin tip dah dijual,lain2 barang masih ada semasa kenyataan ini dibuat.
abaang..saya nk grill gstring a.k.a gsquare tu...barapa harga abg boleh beri..harga adik beradik belah pak long kite..ni nombor saya..0192454681..nama ainul
alamak grill tu dh jual laaa,sory lupa nk but pengumuman...
alamak lambat lak....barang ape je yang tinggal ni....bumper brapa?...sy azhari 0192630026
@azhari steering,signal kristal,antena parking masih belum ada pemilik lagi,sapa mau bgitau cepat,harga nego sampai lebam..
Ya habibi sahabat-sahabat. Ana mau tanyalah lampu brake ke3 SV4 1997 ada dalam simpanan ka?
selamat datang sahabat,barang2 tu semua dah jual le..
kalo nak tgok brg2 lain boleh klik kat accessories for sale di tab paling atas dalam blog ni..
salam saudara.. saya berminat nak dapatkan steering honda tu.. kalau harga ok, saya beli petang ni jugak.. nak pakai urgent.. 0172953013 faizal.
stering masih ada lg 2 set.. sapa yg berminat leh halo aku 01124093748
Bos nk tnye cmner nk bkak bumper sv4.. sy try2 bke cm sshlh pkk.. kt blh mane skru nk bkk besi bar dkt bmper tu?
buka gril depan,pastu tanggal skru yg mcm klip plstik tu,@buka signal bumper bleh nampak skru besi bar,klu tak silap skru saiz 14@12, buang skru plastik di bgian kiri kanan bumper,klu tak nampak skru sbelah tepi tu cuba buka pillar bwah kt fender bgian depan... harap2 jlas le apa yg aku bebelkan ni ye..
steering sv4 ori ada dua set kt aku,kalu ada sapa berkenan bleh contact aku,detail pa semua ada kat sini
Salam bro nk Tanya stering sv4 tu ada LG ke..kwn berkenan.ni no kwn k 0142202070
@Mazlan Joned ada lagi 1 ja steering tu....
grill tu ada lg ke? kasik harga encik budiman,,:D
@AnonymousGrill takda dah..bumper depan yg ari ada ler..
Catat Ulasan