Ted Williams Pengemis Bersuara Emas

Salam Selamat hari hari... Ted Williams pengemis jalanan di Houston Street, Columbus, Ohio, Amerika Syarikat (AS),dalam sekelip mata kini popular diseluruh dunia.
Semuanya bermula apabila seorang jurugambar akhbar Columbus Dispatch, merakam gelagat pengemis yang bernama Ted Williams, 54, yang bercakap menggunakan suara emasnya dan beraksi seperti deejay radio.

Jurugambar tersebut memuat naik rakaman ke  YouTube dan telah menarik minat seramai 6,725,967 penonton. Rata-rata penonton yang menonton video tersebut mengakui Williams memiliki suara emas yang unik.

Sementara itu pula seorang ejen pencari bakat baru,Shane Cormier, tertarik dengan keunikan suara williams dan melahirkan keinginan membantunya,kerana berpendapat lelaki itu berpeluang menjadi jutawan kerana keunikan itu.

Bercerita tentang kisah hidupnya,beliau menyatakan kehidupannya dulu hancur gara-gara terbabit dengan pengambilan dadah dan ketagihan alkohol,bukan sahaja dia kehilangan pekerjaan dan kediaman malah keluarga juga turut menyisihkan beliau.jadilah dia seorang pengemis jalanan..



Kini semuanya berubah sekelip mata,kalau dulu dia mengemis menagih simpati orang,tapi kini suara emasnya pula ditagih pelbagai pihak.Tahun 2011 memberi seribu makna buat Williams.Pada 7 Januari lalu secara rasmi dia menjadi suara latar untuk rangkaian MSNBC.

Terkini, Williams mempertimbangkan tawaran untuk menjadi penyumbang suara bagi program informasi perkembangan pasukan bola keranjang Cleveland Cavaliers dalam liga Bola Keranjang Nasional (NBA).
Sesuatu diluar jangkauan,daripada seorang pengemis jalanan yang merempat kini menjadi popular dalam sekelip mata malah mencipta fenomena di AS hari ini.

"Kalau Emas,dibuang kemana tetap berharga,andai Besi disimpan dijaga kan karat jua akhirnya"

1 comments/pendapat:

pengemis bersuara emas berkata...|Reply This Comment|

suaranya keren.........

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...