Penonton Kemalangan JalanRaya pun kena Saman:JKJR

Salam semua,tadi aku ada terbaca di utusan malaysia berita tu,saja le kongsi2 disini untuk kita bersama. Menurut Ketua Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh bahawa orang ramai yang berhenti di tepi jalan untuk melihat kemalangan boleh dikenakan saman.? aduss..

Tindakan undang-undang boleh dikenakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, di bawah peraturan 16 (1) ke atas penonton yang berhenti melihat sesuatu kemalangan sehingga menggangu kelancaran lalulintas.yassalamm... Bila berlaku kemalangan tentu la ramai yang nak berhenti tengok kan! manalah tahu kalau2 yang terbabit dalam kemalangan tu sedara mara kita atau org2 yg kita kenal,takkan taknak berhenti tgok kot.?

Menurut Datuk Suret Singh hanya Lima pihak yang dibenarkan berada di tempat kemalangan,1-saksi kemalangan,2-anggota penyelamat, 3-agensi kerajaan yang berkepentingan,4- pertubuhan bukan kerajaan yang berkepentingan,5-orang awam yang dilatih sebagai paramedik atau mempunyai kemahiran dan latihan dalam memberikan bantuan kecemasan. (tapi mangsa kemalangan tak pula ada dalam senarai hu hu..)

Jadi kena hati-hati lah ye pasni,bila ada kemalangan berlaku,jangan berhenti suka-suka je,kang orang lain yang kemalangan,kita pula yang dapat saman,yassalamm..

0 comments/pendapat:

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...