Michael Jackson-bukti bunuh atau bunuh diri

Peguam kepada doktor peribadi Michael Jackson mencetuskan kontroversi bila buat kenyataan Raja Pop itu berkemungkinan membunuh diri menggunakan ubat pelali propofol.

Propofol sejenis ubat bius yg kuat hanya dibenarkan untuk kegunaan hospital,penyiasat koroner Elissa Fleak berkata,botol ubat propofol itu dijumpai empat hari selepas Jackson meninggal dunia. Menurutnya,jarum suntikan dijumpai di dalam sebuah kotak terbuka di sebelah katil Jackson bersama sebotol propofol.

Perbicaraan yang didengar di Mahkamah Tinggi Los Angeles bakal memutuskan sama ada doktor peribadinya Conrad Murray kerana membunuh tanpa niat berhubung kematian Micheal Jackson, pihak pendakwa raya yakin saksi seorang wanita yang menjalin hubungan sulit dengan Murray akan memberi keterangan.

Kenyataan konterversi bahawa micheal jackson membunuh diri mendapat bantahan dan pihak pendakwa raya serta hakim turut bersetuju bahawa ia bersifat spekulasi.

Pihak pembelaan mungkin akan menggunakan teori Jackson membunuh diri sekiranya mahkamah memutuskan untuk membicarakan doktor peribadinya kelak.(belum dakwa dah sedia cadangan untuk backup pembunuh).

Setakat ini, pihak pendakwa raya cuba membuktikan bahawa Murray cuai memberikan ubat bius itu kepada micheal jackson. Nampaknya macam-macam cara digunakan doktor peribadi arwah micheal jackson ni untuk selamatkan dirinya..ish ish ish..
Yassalamm..

sumber-baca sana sini.

0 comments/pendapat:

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...