Tips Penjagaan Tayar Kereta

Berikut beberapa panduan apabila anda mahu menukar tayar kereta.

PERTAMA
Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.

KEDUA 
Selepas mendapat saiz sesuai, Prhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun).

Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, ia hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas dikilangkan.
KETIGA 
Mengenai saiz, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar.
Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai
kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16 inci.
Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.

KEEMPAT
Kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import. Bagaimanapun, kebanyakan tayar berkenaan dibuat berdasarkan iklim dan apabila digunakan di Malaysia yang panas terik, jangka hayatnya lebih pendek.
KELIMA 
Tayar sepatutnya ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang.

KEENAM
 Sekiranya kadar kehausan bunga di bahagian tepi kiri dan kanan lebih cepat berbanding di tengah, ini bermaksud tekanan angin tayar kurang.
Sekian...
---------------------------------------------------
by manoon

3 comments/pendapat:

Faiz berkata...|Reply This Comment|

blom ade kete..neway thanks for sharing..

p/s:thanks komen kt blog..setiap komen anda dihargai..=)
**HIT MY LATEST UPDATE HERE**

TikkoSS berkata...|Reply This Comment|

wow.. tips yang bagus.. i selalu lupe.. hehe.. thank u

Tam berkata...|Reply This Comment|

shama-shama...

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...