LAPTOP 'AP' ?
Kita selalu mendengar handphone "AP" dan "Zitron". Kedua-duanya sebagai indikator bagi handphone "tidaklah tiruan" (AP) dan asli (Zitron).
Tetapi jarang sekali kita mendengar Laptop AP. Untuk makluman laptop/netbook AP dikategorikan sebagai tiruan dalam konteks perantinya (devices) sebab adakalanya laptop AP menggunakan OS dan perisian original termasuklah Windows 7.
Cuma laptop AP menggunakan jenama-jenama (perihal dagangan) yang terkenal seperti Toshiba, Acer dan jangan terkejut ia juga menggunakan jenama tersohor Dell.
PERIHAL | ORIGINAL | AP |
Waranti | Antarabangsa | Kedai |
Harga | AP murah antara RM 300 – RM 400 berbanding original. | |
Daftar Online | Ya | Tidak |
Fizikal | Hampir sama. | |
SIRIM | Ada | Tiada |
Di Malaysia, ia banyak dijual di kedai-kedai komputer di lokasi Segitiga Emas (Low Yat, Imbi dan Sungei Wang).
PUBLIC AWARESESS: Sekiranya berhasrat membeli laptop, guna kuasa bertanya sebagai pengguna:
(a). Adakah laptop ini AP?; atau / dan
(b). Adakah waranti laptop ini waranti kedai atau waranti antarabangsa/pengeluar?
(Nota: Jika waranti kedai ia bermaksud AP sepertimana handphone AP. Kerosakan dalam tempoh waranti hanya boleh dibuat
di kedai yang dibeli. Jika sebaliknya, maka ia adalah yang original).
(c). Laptop original boleh didaftar secara online.
(d). Secara mata kasar, fizikal laptop AP sama dengan original tetapi laptop AP tidak mempunyai stiker SIRIM di belakangnya.
...BERHATI-HATI APABILA MEMBELI...
5 comments/pendapat:
setiap IT device yg ade kat Malaysia ni mesti ade AP.. that why kite g sane or sini ade big different pade harge..
kite ni kene pandai lah mcm mane nak cari.. better mintak orang yg btl2 paham IT teman kan biler nak beli
memang tepat sekali pandangan bro..sekarang ni sukar gak nak kenal mana ori,bb yang ciplak pun dah seakan-akan ori..fening fening..
betul! jgn cari yg murah last2 dpt ap set..
kesian...my sister pernah keje kt kedai laptop..then baru i know that lappy pon ade ap set.. ingtkan hp je~ bahaya..lappy nak pakai lama...bukan sehari dua~
betul tu,tengok pada hset pun sama gak,kekadang sukar nak beza yang mana satu ori,yang mana tak ori.fening ooo..
hmmmm...tenkiu
Catat Ulasan