LAPTOP 'AP' ?
Kita selalu mendengar handphone "AP" dan "Zitron". Kedua-duanya sebagai indikator bagi handphone "tidaklah tiruan" (AP) dan asli (Zitron).
Tetapi jarang sekali kita mendengar Laptop AP. Untuk makluman laptop/netbook AP dikategorikan sebagai tiruan dalam konteks perantinya (devices) sebab adakalanya laptop AP menggunakan OS dan perisian original termasuklah Windows 7.
Cuma laptop AP menggunakan jenama-jenama (perihal dagangan) yang terkenal seperti Toshiba, Acer dan jangan terkejut ia juga menggunakan jenama tersohor Dell.
PERIHAL | ORIGINAL | AP |
Waranti | Antarabangsa | Kedai |
Harga | AP murah antara RM 300 – RM 400 berbanding original. | |
Daftar Online | Ya | Tidak |
Fizikal | Hampir sama. | |
SIRIM | Ada | Tiada |
Di Malaysia, ia banyak dijual di kedai-kedai komputer di lokasi Segitiga Emas (Low Yat, Imbi dan Sungei Wang).
PUBLIC AWARESESS: Sekiranya berhasrat membeli laptop, guna kuasa bertanya sebagai pengguna:
(a). Adakah laptop ini AP?; atau / dan
(b). Adakah waranti laptop ini waranti kedai atau waranti antarabangsa/pengeluar?
(Nota: Jika waranti kedai ia bermaksud AP sepertimana handphone AP. Kerosakan dalam tempoh waranti hanya boleh dibuat
di kedai yang dibeli. Jika sebaliknya, maka ia adalah yang original).
(c). Laptop original boleh didaftar secara online.
(d). Secara mata kasar, fizikal laptop AP sama dengan original tetapi laptop AP tidak mempunyai stiker SIRIM di belakangnya.
...BERHATI-HATI APABILA MEMBELI...