A.Galak dan Sarjan Misai

MELIHAT kepada raut wajahnya, mungkin ramai yang akan terpedaya dan menyangka lelaki ini adalah pelakon drama bersiri Gerak Khas yang terkenal dengan imej misai melentingnya iaitu A. Galak.
Malah, pernah beberapa kali dia ditegur oleh orang ramai yang menjerit-jerit memanggilnya dengan nama watak yang dilakonkan dalam drama itu iaitu Sarjan Misai.
“Saya bukan A. Galak atau Sarjan Misai. Saya adalah SI Kamal Misai. Mungkin sudah ditentukan Tuhan saya dikurniakan penampilan yang seiras dengan watak terkenal itu,” demikian kata Sub Inspektor (SI) Kamaruddin Kamsa setiap kali ada yang menyangka dialah yang memegang watak yang tidak kurang penting dalam drama bersiri popular itu.
Raut wajahnya yang bujur selain mempunyai misai yang melentik ke atas sering mengingatkan kita dengan watak Sarjan Misai yang dilakonkan A. Galak atau Zakaria Ahmad.
Keunikan misainya itu menyebabkan Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai SI Kamal terkenal di kalangan pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur dan masyarakat di sekelilingnya.
Menurutnya, bermisai di kalangan pelatih mahupun anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dihalang. Namun, setiap anggota atau pegawai tidak boleh menyimpan misai yang melebihi atau menutupi bibir selain memastikan ia sentiasa kemas.
Namun, anggota dan pegawai polis tidak dibenarkan menyimpan jambang atau janggut.
Misai Kamal yang melentik itu dijadikan sebagai identiti bagi memudahkan orang mengenalinya memandangkan hanya beliau sahaja yang mempunyai misai seperti itu.
Berbicara mengenai tugasnya, Kamal merupakan individu yang bertanggungjawab melatih dan memberi tunjuk ajar seni mempertahankan diri, kawad dan latihan jasmani kepada pelatih Pulapol.
Beliau yang bertugas sebagai jurulatih di Kem Komandan Pulapol Jalan Semarak sejak 1977 sememangnya seorang yang komited dan dedikasi dalam melaksanakan tugasnya.
sumber-com.com

0 comments/pendapat:

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...