Kenaikan Melampau Harga Rokok-Diskriminasi Terhadap Perokok

HARGA ROKOK NAIK LAGI...Aduh pening2..susahnya nak merokok sekarang ni kan!(perokok2 anggukkan kepala ye)...bebanan kenaikan harga yang mendadak satu,ditambah pula tempat2 larangan merokok yang kekadang tak masuk akal la pla..

 Bukan satu jenama ja naik harga,tapi rokok dunhill,pall mall,suria,benson,astro,gudang garam,mallboro,kent,samporna sampaikan ke rokok daun tembakau jawa pun naik sekali...cobaan....

Kerajaan ni pun satu..,dah tak bagi orang hisap rokok membahayakan kesihatan ,kenapa jual.? jadi kenapa tak haramkan terus ja kan senang..takyah laa kami ni beli rokok tapi nak hisap susah kan main,kekadang sampai basi rokok tu dalam kocek seluar, hu hu...
ini saban tahun naikkan harga rokok,sampaikan rokok yang masuk "pintu belakang" pun turut serta naik harga...katanya dgn naikkan harga rokok dapat mengurangkan jumlah perokok kat malaysia ni..(betul ke ni)

Bab naikkan harga ni yang tak berapa puast hati ni,bukanya berkesan pun untuk kurangkan jumlah perokok dengan menaikkan harga,
tapi bagi tokey2 rokok tu jadi kaya lagi ada la,dan kerajaan pun dapat hasil gak dari cukai rokok kan...
yang jadi mangsa org yang ketagih rokok la, mahu tak mahu kena beli gak le walaupun harga hampir sama dengan sekampit beras dah...

Kekadang aku rasa lebih teruk dari pemakan-pemakan dadah,pdahal aku cuma seorang perokok ja,punya la susah nak hisap sebatang rokok kat bandaraya besar ni, bukan sebab tak mampu beli rokok,tapi susah nak hisap sebab banyak sangat tempat larangan merokok kat kawasan bandar besar ni..sampaikan kat stsyen teksi pun dilarang merokok,ohhh sengsaranya...

Padahal mat2 yang telan biji dadah tu selamber ja leh telan biji2 dadah tu kat mana2,dalam bas,dalam CC,nampak cam mereka ni makan gula2 ja..
sementara perokok pula dipandang macam hitler dan ketua komunis malaya...

Harap-harap pada yang tak merokok,termasuk la kerajaan,,Hentikanlah Diskriminasi pada Perokok cam kami ni..
kalau betul2 taknak bagi perokok ni merokok,haramkan terus pengeluaranya di Malaysia,jangan la jadikan alasan naik harga untuk kurangkan jumlah perokok,tak kemana pun tindakkan yang semacam ni..mengkayakan tokey2 rokok lagi ada laa..

Aaahh rasa kurang sikit tekanan perasaan dapt luahkan semuanya disini...He He..

2 comments/pendapat:

admiremariah berkata...|Reply This Comment|

suami saya ada 11 orang adik beradik dan ada 7 orang yang perokok dan tahun ini baru seorang sahaja yang da tak merokok. Usaha kerajaan sejak tahun-tahun terdahulu, baru seorang aje dalam family yang berhenti merokok? hai, susah isteri-isteri camni. siapa yang suami nya perokok, sila beli insurance, suami mati terus takper, kalau dia sakit kanser ke apa ker, kan senang ada insurance leh cover..

Mr Paktam berkata...|Reply This Comment|

terasanya kami2 yg merokok ni he3..
bukan taknak berenti,tapi tak tahan cobaan,kalau tak kena rokok sehari ibarat cam budak2 yg ketagih botol susu tu,tak senang duduk dibuatnya...

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...