Felda bersedia untuk menyediakan golongan pembantu rumah berkemahiran yang diistilah sebagai Pengurus Rumah Tangga dari kalangan lelaki dan wanita pada sebarang peringkat umur.
"Felda mengambil inisiatif ini sebagai usaha mengurangkan kebergantungan kepada pembantu rumah asing di mana kumpulan pertama terdiri daripada seramai 100 orang pelajar yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi akan diberi kursus.
"Mereka akan menjalani latihan kemahiran selama setahun mulai Januari depan yang akan dikendalikan oleh Yayasan Felda mengikut silibus berasaskan kemahiran,” kata Pengerusi Felda, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor semasa meraikan 106 bakal haji Felda dari wilayah Terengganu di sini hari ini.
Menurut beliau, kursus seperti penjagaan kesihatan, memasak, penjagaan kanak-kanak akan ditawarkan secara percuma kepada anak-anak peneroka Felda yang berminat tanpa had umur. - Bernama
0 comments/pendapat:
Catat Ulasan