Malaysia kekurangan tenaga!

Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 33 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi di sektor industri menjelang 2015 bagi menampung keperluan negara.
Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Himmat Singh berkata, Kita menyasarkan penglibatan sebanyak 50 peratus tenaga pekerja mahir menjelang 2020 dan kerajaan sedang giat meningkatkan usaha untuk mempromosikan bidang kemahiran vokasional ini sebagai sebuah aliran yang digemari belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Saya menyeru mereka yang terlibat dengan sektor ini memberi sumbangan kepada kerajaan bagi meningkatkan status aliran berkenaan sebagai pilihan generasi muda,"
sektor berkenaan masih lagi berhadapan dengan kemelut kebanjiran buruh asing lantaran kurangnya sambutan belia tempatan untuk menceburi bidang vokasional.
Tahap kemahiran tinggi dan penggunaan teknologi moden dalam sektor industri,akan dapat menarik minat lebih ramai belia tempatan untuk melibatkan diri dalam sektor berkenaan dan seterusnya memacu pembangunan negara.

Sebenarnya bukan belia tempatan memilih sangat kerja,tapi semua sektor di monopoli pekerja asing sampaikan kita terasing di bumi sendiri,banyaknya sungguh banggunan tinggi yang nama kita payah dicari..

Orang Luar Tak Boleh Beli Rumah?

Kerajaan Negeri Kedah didakwa bakal menguatkuasakan dasar skim perumahan baru yang menghadkan pemilikan rumah dari rakyat negeri lain di negeri Kedah yang mana bakal menjadi antara dua dasar dibuat kerajaan negeri.

Skim perumahan di sesetengah tempat iaitu di Sungai Petani dan Kulim hanya dihadkan kepada penduduk Kedah sahaja,bagaimanapun langkah ini dilihat sebagai tidak membantu dalam meningkatkan taraf ekonomi negeri serta merugikan.

Jika dasar itu dilaksanakan, maka bermakna rakyat yang berada di Butterworth dan Seberang Perai,Tasek Gelugor tidak boleh beli rumah di Kedah,meliputi daerah-daerah dan kawasan seperti di atas.

Apakah dasar ini baik untuk rakyat?terutama rakyat negeri Kedah dan negeri-negeri yang berjiran denganya..atau sekadar wayang disebalik panggung,sama-sama la hangpa semua tengokkk naaa..Lepas ni takleh nak nyanyi lagu "mai oi chek mai" dah la..sebab kerajaan negeri dah siap penyapu...

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...