Memaparkan catatan dengan label perhimpunan bersih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perhimpunan bersih. Papar semua catatan

Lalulintas BERSIH Kuala Lumpur

Perkhidmatan bas di tiga terminal bas utama di sekitar Kuala Lumpur akan beroperasi sementara di terminal lain mulai awal Sabtu ini, menurut polis hari ini.


Perkhidmatan bas ekspres dari Pantai Timur di Terminal Hentian Putra dan bas SKS (dari Seremban) di Pudu Raya akan dipindahkan sementara ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Bandar Tasik Selatan pada Sabtu ini.

Perkhidmatan bas di Terminal Hentian Pudu Raya dan Terminal Hentian Jalan Pekeliling pula dipindahkan sementara ke Terminal Hentian Duta, Jalan Duta pada hari tersebut, kata Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau berkata, kerjasama semua pihak agar mematuhi arahan lalu lintas dan anggota trafik yang membuat kawalan di lokasi-lokasi berkenaan diperlukan.

"Orang ramai yang tidak ada urusan penting di pusat bandar elakkan dari menuju ke pusat bandar pada hari berkenaan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas,” katanya.
- Bernama

Titah Tuan'ku tentang perhimpunan Bersih

"Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.
Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.
Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.
Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.
Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.
Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu “Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran”. Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.
Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.
Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara".-Bernama

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...