Memaparkan catatan dengan label melayu mudah lupa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label melayu mudah lupa. Papar semua catatan

Melayu DAP?

 Zairil Khir, 26, Ketua Pegawai Eksekutif RND Chocolate Labs Sdn. Bhd menyertai DAP.


 Mungkin ada yang kenal,ada yang tidak kenal dengan pemuda ini,sekali pandang ramai mengangap dia ni berketurunan cina,sebenarnya beliau adalah anak kepada bekas Setiausaha Agung UMNO Allahyarham Tan Sri Khir Johari.

Khabarnya beliau kini menyertai DAP,kerana kagum dengan parti tu(lawak arr mamat ni) dan menyanjungi corak kepimpinan lim guan eng.ini petikan dari tulisan di blognya:
"Saya juga tertarik dengan keikhlasan kepimpinan parti untuk mengembalikan sistem urus tadbir negara kita kepada satu sistem yang berlandaskan ketelusan, amanah dan yang menjunjung rakyat. Komitmen ini jelas termakbul dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui Ketua Menteri Lim Guan Eng. Iltizamnya tidak goyah dan sungguh mengkagumkan meskipun diserang dengan gegak gempita pada setiap masa oleh jentera Barisan Nasional yang bersifat perkauman." 


Betulah macam Tun Dr Mahathir kata "melayu mudah lupa". Ini adalah salah satu contoh darinya,yang lawaknya dia nyatakan "kagum" dengan anak komunis tu,hairan2... tentu ada babi disebalik mee.kalau tak masakan tetiba ja rasa kagum,walhal si guan eng tu baru setahun jagung perintah negeri.. apa dia ingat guan eng kot yang memajukan p.pinang seperti sekarang ni.?sekali lagi "melayu mudah lupa"...


Kalau arwah Tan Sri Khir Johari masih hidup dah tentu dia kecewa dengan sikap melayu mudah lupa seperti anak beliau ni...
Melayu mudah lupa

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...

nukilan Tun Dr Mahathir Mohamad

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...