Memaparkan catatan dengan label caruman kwsp. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label caruman kwsp. Papar semua catatan

aplikasi haram Apple, Android untuk KWSP

Peringatan buat ahli kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP).

#KWSP mengumumkan terdapat aplikasi perisian mudah alih haram oleh pihak ketiga yang membolehkan capaian kepada i-akaun KWSP ahli.

#aplikasi perisian itu tidak dapat kebenaran rasmi tabung simpanan persaraan dan KWSP tidak boleh menjamin ia selamat dan boleh dipercayai.

#KWSP tidak mempunyai sebarang aplikasi Apple atau Android yang dibenarkan secara rasmi,mana-mana ahli yang telah menggunakan aplikasi terbabit dinasihatkan menghubungi KWSP.

#Kaedah paling selamat mengakses i-akaun adalah dengan membuat capaian terus melalui laman web myEPF,dan jangan mengunakan laman pihak ketiga.

#Ahli-ahli yang menggunakan aplikasi-aplikasi tersebut dan tidak boleh mengakses i-akaun mereka melalui laman web myEPF dinasihati melaporkannya kepada Pusat Panggilan KWSP di talian 03-89226000.

SHARING IS CARING...

Kadar Baru Caruman KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ingin mengingatkan majikan bahawa kadar caruman berkanun bahagian pekerja telah dinaikkan semula kepada 11 peratus daripada 8 peratus berkuatkuasa dari gaji bulan Januari 2011. 

Majikan perlu memastikan amaun caruman yang betul dipotong daripada gaji pekerja berdasarkan kadar caruman baru ini dan dibayar kepada KWSP bermula dari caruman bulan Februari 2011.

Sebelum ini, kadar caruman berkanun bahagian pekerja telah diturunkan daripada 11 peratus kepada 8 peratus untuk tempoh dua tahun bermula gaji bulan Januari 2009 hingga Disember 2010.

Ahli yang sebelum ini mengemukakan Borang KWSP 17A (AHL) Khas/KWSP 17AA Khas untuk mengekalkan kadar caruman pada 11 peratus sepanjang tempoh dua tahun tersebut tidak perlu mengambil sebarang tindakan.
Caruman KWSP bulanan bahagian majikan kekal pada 12 peratus. 

Majikan yang memerlukan maklumat lanjut boleh mengunjungi cawangan KWSP terdekat, menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-8922 6000 atau mengemukakan pertanyaan secara online melalui laman web KWSP.

Sumber;KWSP

CARUMAN KWSP NAIK 11%

Kadar caruman berkanun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian pekerja akan dinaikkan semula kepada 11 peratus berkuat kuasa gaji bulan Januari 2011.


Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar dalam kenyataan di sini hari ini berkata, caruman itu dibayar kepada KWSP mulai Februari 2011.

Kadar caruman berkanun pekerja diturunkan daripada 11 peratus kepada lapan peratus untuk tempoh dua tahun bermula gaji bulan Januari 2009 hingga Disember 2010.

Majikan dinasihat memastikan jumlah caruman yang betul dipotong daripada gaji pekerja berdasarkan kadar caruman baru ini dan dibayar kepada KWSP bermula daripada caruman bulan Februari 2011.

Beliau berkata, ahli yang sebelum ini mengemukakan Borang KWSP 17A (AHL) Khas/KWSP 17AA Khas untuk mengekalkan kadar caruman pada 11 peratus sepanjang tempoh dua tahun itu tidak perlu mengambil sebarang tindakan.

Katanya, caruman KWSP bulanan bahagian majikan kekal pada 12 peratus.
Majikan yang memerlukan maklumat lanjut boleh mengunjungi cawangan KWSP terdekat, menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-8922 6000 atau menghantar pertanyaan mereka melalui laman web myEPF di Enquiry.
BERNAMA

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...