Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya akan menyiasat Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty itu mengikut Akta Hasutan 1948.
“Kenyataan sebegini memang wajar kita siasat di bawah Akta Hasutan,” katanya di sini hari ini.
Semalam, Eric mengeluarkan kenyataan tersebut menerusi laman sosial Twitternya dengan menuduh Jakim menyebarkan fahaman itu pada setiap Jumaat yang dipercayai merujuk kepada khutbah solat Jumaat kepada umat Islam.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan terhadap peguam Eric Paulsen yang mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan fahaman ekstremis di negara ini.
Eric menerusi catatannya berkata: “Jakim sedang mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu banteras ekstremisme di Malaysia”.
Selain itu, Khalid turut menegaskan untuk mengambil tindakan sama ke atas pihak-pihak yang mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab.
“Hati-hatilah dalam memperkatakan sesuatu. Jangan berkata-kata yang mengundang PDRM mengambil tindakan.
“Berani cakap beranilah tanggung,” tegas beliau.
Sementara itu, Eric ketika dihubungi Mingguan Malaysia enggan mengulas mengenai maksud ‘ekstremis’ yang didakwanya itu.
Malah beliau juga tidak mahu mengesahkan akaun Twitter tersebut adalah miliknya.
“Saya akan adakan sidang akhbar sama ada esok atau pun lusa,” ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Khalid memberitahu, undang-undang seperti Akta Hasutan 1948 masih diperlukan kerana dapat membantu PDRM menyelesaikan masalah kumpulan ekstremis.
Sambil merujuk kepada insiden serangan pejabat akhbar mingguan Charlie Hebdo di Paris baru-baru ini, beliau menegaskan akta berkenaan wajar dikekalkan.
“Ambillah iktibar kejadian di Paris. Itulah sebab kita memerlukan Akta Hasutan dan PDRM tidak akan membiarkan penghasut agama,” ujarnya.
Pada 7 Januari lalu, seramai 12 orang terkorban selepas tiga lelaki yang dilengkapi senapang jenis Kalashnikovs dan pelancar peluru berpandu menyerang pejabat akhbar mingguan Charlie Hebdo.
Pada November 2011 pejabat akhbar berkenaan juga pernah dibom selepas menerbitkan karikatur Nabi Muhammad dengan menggunakan tajuk Charlie Hebdo.
sumber-utusan
Top Posts
-
Cara jernih lampu dan buat Smoke Lamp sekaligus. Salam semua... hari ni aku nak kongsi satu cerita yang buat julung-julung kalinya di pame...
-
Berikut adalah pekeliling baru untuk pengubahsuaian kenderaan persendirian SURAT PEKELILING BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF Bilangan 1 T...
-
Hundreds of Indonesian Islamists rallied in central Jakarta to demand the stoning to death and public caning of celebrities who allegedly ap...
-
PROTON JEBAT 2012 with MITSUBISHI MIVEC TURBO engine. PROTON And MITSUBISHI Motors To Pursue Broad Ranging Strategic Collaboration S...
-
nissan cefiro a31 rb20det My turbo car project is completed successfully, with new white paint, new bumper,new body kit. rb20det eng...
-
Pada pendapat aku sudah tentu ramai yg sudah tahu bagaimana untuk menukar had pengeluaran tunai di bank, dan mungkin juga ada yang masih tid...
-
Latest H onda Civic 2012-fuel economy , sporty performance, smart packaging, alternative fuels and long-term value.... POWER OF ...
-
Salam dan selamat hari-hari buat semua yang tak jemu-jemu berkunjung,dikunjung,mengunjung,pengunjung dan terkunjung kesini... Dipendekkan ...
-
NEONODE N2 PHONE MADE IN MALAYSIA. The most recent developments in mobile phone technology is the new popularity of the touch screen. N...
-
Peringatan buat ahli kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP). #KWSP mengumumkan terdapat aplikasi perisian mudah alih haram oleh pihak ketig...
0 comments/pendapat:
Catat Ulasan