PEGUAM bakal disiasat ikut Akta Hasutan

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya akan menyiasat Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty itu mengikut Akta Hasutan 1948.

“Kenyataan sebegini memang wajar kita siasat di bawah Akta Hasutan,” katanya di sini hari ini.

Semalam, Eric mengeluarkan kenyataan tersebut menerusi laman sosial Twitternya dengan menuduh Jakim menyebarkan fahaman itu pada setiap Jumaat yang dipercayai merujuk kepada khutbah solat Jumaat kepada umat Islam.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan terhadap peguam Eric Paulsen yang mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan fahaman ekstremis di negara ini.

Eric menerusi catatannya berkata: “Jakim sedang mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu banteras ekstremisme di Malaysia”.

Selain itu, Khalid turut menegaskan untuk mengambil tindakan sama ke atas pihak-pihak yang mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab.

“Hati-hatilah dalam memperkatakan sesuatu. Jangan berkata-kata yang mengundang PDRM mengambil tindakan.

“Berani cakap beranilah tanggung,” tegas beliau.

Sementara itu, Eric ketika dihubungi Mingguan Malaysia enggan mengulas mengenai maksud ‘ekstremis’ yang didakwanya itu.

Malah beliau juga tidak mahu mengesahkan akaun Twitter tersebut adalah miliknya.

“Saya akan adakan sidang akhbar sama ada esok atau pun lusa,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Khalid memberitahu, undang-undang seperti Akta Hasutan 1948 masih diperlukan kerana dapat membantu PDRM menyelesaikan masalah kumpulan ekstremis.

Sambil merujuk kepada insiden serangan pejabat akhbar mingguan Charlie Hebdo di Paris baru-baru ini, beliau menegaskan akta ber­kenaan wajar dikekalkan.

“Ambillah iktibar kejadian di Paris. Itulah sebab kita memerlukan Akta Hasutan dan PDRM tidak akan membiarkan penghasut agama,” ujarnya.

Pada 7 Januari lalu, seramai 12 orang terkorban selepas tiga lelaki yang dilengkapi senapang jenis Kalashnikovs dan pelancar peluru berpandu menyerang pejabat akhbar mingguan Charlie Hebdo.

Pada November 2011 pejabat akhbar berkenaan juga pernah dibom selepas menerbitkan karikatur Nabi Muhammad dengan menggunakan tajuk Charlie Hebdo.
sumber-utusan

Cara jimat kredit,Bil telefon

Salam&Selamat hari-hari..
Straight to the point Tuan/Puan semua tentu sudah maklum yang kita dikenakan caj oleh syarikat Telco sebanyak 0.10 sen hingga 0.08 sen bagi setiap kali panggilan telefon yang tidak dijawab,tiada liputan rangkaian atau telefon dimatikan,dalam erti kata lain tak dapat dihubungi dan setiap panggilan tersebut disambut oleh sistem voicemail dan dicaj seperti dinyatakan diatas.

Telco juga menjana keuntungan berjuta ringgit dari servis ini, dibawah adalah cara mudah bagaimana nak padamkan servis yang menelan kredit dan manambah bil telefon ni:

Sila dial :
Celcom ##002#
tune talk ##002#
Digi *128*1*8#
Maxis ##109#

Ia akan deactivate service voice mail, Jimat kredit Jimat Bill telefon...
Semoga berguna......

JAWATAN KOSONG BOLEH LIHAT SINI.

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...