Kerajaan Tiada Lagi Amaran

Pasport Alvin Tan, Ali Abdul Jalil dibatal, disenaraihitamkan

Dalam satu keputusan yang dianggap penuh bersejarah, Jabatan Imigresen Malaysia hari ini mengumumkan pembatalan pasport Alvin Tan dan Ali Abdul Jalil. Kedua-dua mereka juga diletakkan dalam senarai hitam jabatan berkenaan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim yang mengumumkan keputusan itu dalam sidang akhbar khas di pejabat beliau pada Isnin, 8 November 2014 berkata, sebelum ini tidak pernah ada mana-mana pasport rakyat Malaysia dibatalkan.

Ali kini dipercayai melarikan diri ke Stockholm, Sweden bagi mengelak dibicarakan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui Facebook pada bulan September lalu.

Sementara, Alvin yang sedang dibicarakan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan menghina umat dan agama Islam dalam Facebook pada 2013 dipercayai telah melarikan diri ke Amerika Syarikat.

Pembatalan pasport berkenaan bermakna kedua-dua mereka kini adalah pendatang tanpa izin di negara-negara tersebut. Ikuti video sidang akhbar oleh Datuk Mustafa.-UTUSAN

0 comments/pendapat:

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...