217,000 penjawat awam negeri di Terengganu, Kelantan, Perak
dan Sarawak menerima berita gembira apabila kerajaan negeri terbabit
mengumumkan pemberian bantuan khas Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM500
seorang.
Di TERENGGANU, Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata,
bayaran yang melibatkan seramai 17,000 kakitangan gred 54 ke bawah itu
dengan peruntukan berjumlah RM3.377 juta akan mula dibayar menjelang
Aidilfitri tidak lama lagi.
"Mesyuarat Exco hari ini memutuskan untuk memberi bantuan khas sempena Aidilfitri kepada penjawat awam Gred 54 ke bawah.
"Kerajaan negeri telah bersetuju untuk bayar dengan perbelanjaan
berjumlah RM33 juta dan bayaran akan selesai sebelum raya ini," katanya
di sini hari ini.
Insentif itu diberi susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak pada 2 Julai lalu mengenai Bayaran Bantuan Khas Kewangan
RM500 seorang kepada penjawat awam Gred 1 hingga 54 bagi menyambut
Aidilfitri.
Di KELANTAN, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pembayaran
bantuan khas kepada kira-kira 10,000 penjawat awam negeri dengan
peruntukan lebih RM5 juta itu akan dibuat pada 15 Julai ini.
"Kita bersetuju mengambil langkah sama seperti kerajaan Pusat dengan
memberikan bantuan Hari Raya sebanyak RM500 kepada penjawat awam.
"Pembayaran ini akan dibuat secepat mungkin, iaitu pada 15 Julai," katanya.
Di PERAK, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata,
pembayaran bonus kepada kira-kira 15,000 penjawat awam negeri itu akan
dibuat pada pertengahan bulan ini melibatkan peruntukan hampir RM8 juta.
"Kita bersetuju memberikan bonus Hari Raya kepada penjawat awam
negeri ini sebanyak RM500, sama dengan jumlah yang telah diumumkan oleh
Kerajaan Pusat," katanya.
Di SARAWAK, kira-kira 22,000 penjawat awam negeri akan menerima bantuan khas berkenaan yang jumlahnya belum dimuktamadkan.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohd. Morshidi Abdul Ghani
berkata, keputusan mengenai jumlah bonus akan dimuktamadkan dalam
mesyuarat Kabinet negeri yang mungkin diadakan pada minggu depan.
"Daripada segi jumlah, biasanya kita akan ikut Kerajaan Persekutuan
namun tetap bergantung kepada persetujuan kerajaan negeri," katanya.
Sebelum ini Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Melaka dan Selangor turut mengumumkan pemberian bonus menjelang Hari Raya Aidilfitri.
sumber-utusan
Top Posts
-
Cara jernih lampu dan buat Smoke Lamp sekaligus. Salam semua... hari ni aku nak kongsi satu cerita yang buat julung-julung kalinya di pame...
-
Berikut adalah pekeliling baru untuk pengubahsuaian kenderaan persendirian SURAT PEKELILING BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF Bilangan 1 T...
-
Hundreds of Indonesian Islamists rallied in central Jakarta to demand the stoning to death and public caning of celebrities who allegedly ap...
-
PROTON JEBAT 2012 with MITSUBISHI MIVEC TURBO engine. PROTON And MITSUBISHI Motors To Pursue Broad Ranging Strategic Collaboration S...
-
nissan cefiro a31 rb20det My turbo car project is completed successfully, with new white paint, new bumper,new body kit. rb20det eng...
-
Pada pendapat aku sudah tentu ramai yg sudah tahu bagaimana untuk menukar had pengeluaran tunai di bank, dan mungkin juga ada yang masih tid...
-
Latest H onda Civic 2012-fuel economy , sporty performance, smart packaging, alternative fuels and long-term value.... POWER OF ...
-
Salam dan selamat hari-hari buat semua yang tak jemu-jemu berkunjung,dikunjung,mengunjung,pengunjung dan terkunjung kesini... Dipendekkan ...
-
NEONODE N2 PHONE MADE IN MALAYSIA. The most recent developments in mobile phone technology is the new popularity of the touch screen. N...
-
Peringatan buat ahli kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP). #KWSP mengumumkan terdapat aplikasi perisian mudah alih haram oleh pihak ketig...
0 comments/pendapat:
Catat Ulasan