Ibu Pembohong no1

IBU ADALAH PEMBOHONG
INILAH FAKTA PEMBOHONGAN DARI SEORANG IBU, YG WAJIB DIKETAHUI UMUM :   Aku sayang ibu..

1. Saat makan, jika makanan kurang, Ia akan memberikan makanan itu kepada  anaknya dan berkata, "Cepatlah makan,ibu tidak lapar."         

2. Waktu makan, Ia selalu menyisihkan ikan dan daging untuk anaknya dan berkata, "ibu tidak suka daging,makanlah, nak.." 

3. Tengah malam saat dia sedang menjaga anaknya yg sakit, Ia berkata,          "Istirehatlah nak, ibu masih belum ngantuk.."         

4. Saat anak sudah tamat sekolah,bekerja,mengirimkan wang untuk ibu. Ia berkata, "Simpanlah untuk keperluanmu nak, ibu masih punya wang."         

5. Saat anak sudah berjaya, menjemput ibunya untuk tinggal di rumah besar, Ia lantas berkata, "Rumah tua kita sangat selesa, ibu tidak terbiasa tinggal di sana." 

6. Saat menjelang tua, ibu sakit tenat,anaknya akan menangis, tetapi ibu          masih boleh tersenyum sambil berkata,"Jangan menangis, ibu tidak apa-apa. Ini adalah pembohongan terakhir yg dibuat ibu.Tidak peduli seberapa kaya kita, seberapa dewasanya kita, ibu selalu menganggap kita anak kecilnya,mengkhuawatirkan-diri kita, tetapi beliau tidak pernah membiarkan kita          mengkhuawatirkan- dirinya.

Semoga semua anak di dunia ini, boleh menghargai setiap pembohongan seorang ibu...!! kerana beliaulah malaikat nyata yg dikirim TUHAN untuk menjaga kita..terima kasih IBU....c/p

Misteri MH17

MH17 pertama kali diterbangkan pada 17/7/1997... Terhempas pada tarikh 17/7/2014.. Dan semalam adalah ulangtahun ke 17 pernerbangan ini.. Jika dilihat ada msg dari maha kuasa buat kita terutamanya rakyat malaysia sendiri.

Marilah kita bermuhasabah diri.. Dan sujud memohon kepadaNya.
17/7/1997 = pertama kali terbang
17/7/2014 = terhempas
17 tahun.  = ulangtahun
MH17.      = No pesawat
Kebetulan??

MH17
Penerbangan pertama : 17/7/1997
Penerbangan terakhir : 17/7/2014
Tahun 2014 tolak tahun 1997 : 17 tahun.

Ditembak Oleh SA 17 Missile.
Kenapa dgn angka 17 ? Something Allah nak bagitahu .
Subuh 2 rakaat
Zohor 4 rakaat
Asar 4 rakaat
Maghrib 3 rakaat
Isyak 4 rakaat
=17 rakaat..

Gambar Pesawat MAS terhempas

KIEV, Ukraine 17 Julai - Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas, dipercayai ditembak pelancar peluru berpandu di pekan Shakhtarsk di timur negara ini lewat petang ini.
Penasihat kepada Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashenko dalam akaun Facebooknya berkata, pesawat MAS itu terbang pada ketinggian 10,000 meter dan dipercayai ditembak dengan peluru berpandu yang dilancarkan daripada pelancar Buk.
Pelancar serupa pernah dilihat oleh wartawan Associated Press dekat bandar Snizhne di timur Ukraine awal hari ini.
Sementara itu, MAS dalam kenyataannya mengesahkan menerima makluman daripada Pusat Kawalan Trafik Udara (ATC) Ukraine yang ia terputus hubungan dengan pesawat MH17 pada pukul 1415 (GMT) 30 kilometer dari Tamak, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Rusia-Ukraine.
Menurut MAS, pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari waktu Amsterdam dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi esok waktu Malaysia.
MAS dalam Twitternya berkata, syarikat penerbangan itu 'gagal berhubung dengan pesawat MH17' ketika berada di ruang udara Ukraine.

sumber-utusan

Bonus:4 negeri,berita gembira

217,000 penjawat awam negeri di Terengganu, Kelantan, Perak dan Sarawak menerima berita gembira apabila kerajaan negeri terbabit mengumumkan pemberian bantuan khas Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM500 seorang.
Di TERENGGANU, Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, bayaran yang melibatkan seramai 17,000 kakitangan gred 54 ke bawah itu dengan peruntukan berjumlah RM3.377 juta akan mula dibayar menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.
"Mesyuarat Exco hari ini memutuskan untuk memberi bantuan khas sempena Aidilfitri kepada penjawat awam Gred 54 ke bawah.
"Kerajaan negeri telah bersetuju untuk bayar dengan perbelanjaan berjumlah RM33 juta dan bayaran akan selesai sebelum raya ini," katanya di sini hari ini.
Insentif itu diberi susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 Julai lalu mengenai Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 seorang kepada penjawat awam Gred 1 hingga 54 bagi menyambut Aidilfitri.
Di KELANTAN, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pembayaran bantuan khas kepada kira-kira 10,000 penjawat awam negeri dengan peruntukan lebih RM5 juta itu akan dibuat pada 15 Julai ini.
"Kita bersetuju mengambil langkah sama seperti kerajaan Pusat dengan memberikan bantuan Hari Raya sebanyak RM500 kepada penjawat awam.
"Pembayaran ini akan dibuat secepat mungkin, iaitu pada 15 Julai," katanya.
Di PERAK, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pembayaran bonus kepada kira-kira 15,000 penjawat awam negeri itu akan dibuat pada pertengahan bulan ini melibatkan peruntukan hampir RM8 juta.
"Kita bersetuju memberikan bonus Hari Raya kepada penjawat awam negeri ini sebanyak RM500, sama dengan jumlah yang telah diumumkan oleh Kerajaan Pusat," katanya.
Di SARAWAK, kira-kira 22,000 penjawat awam negeri akan menerima bantuan khas berkenaan yang jumlahnya belum dimuktamadkan.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohd. Morshidi Abdul Ghani berkata, keputusan mengenai jumlah bonus akan dimuktamadkan dalam mesyuarat Kabinet negeri yang mungkin diadakan pada minggu depan.
"Daripada segi jumlah, biasanya kita akan ikut Kerajaan Persekutuan namun tetap bergantung kepada persetujuan kerajaan negeri," katanya.
Sebelum ini Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Melaka dan Selangor turut mengumumkan pemberian bonus menjelang Hari Raya Aidilfitri.
sumber-utusan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...