Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang
bersama-sama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh sebulat suara
mendapati Anwar bersalah pada pukul 6.15 petang ini setelah mendengar
hujah kedua-dua pihak sejak pukul 9.15 pagi.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan setelah didapati
bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan,
enam tahun lalu.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan pelaksanaan hukuman itu
ditangguhkan sementara menunggu rayuan dengan syarat Ahli Parlimen
Permatang Pauh itu perlu membayar jaminan sebanyak RM10,000 sebelum atau
pada pukul 11 pagi, Isnin ini.
Panel tersebut memutuskan demikian setelah membenarkan rayuan pihak
pendakwaan yang diketuai oleh peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee
Abdullah untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9
Januari 2012 yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan
tersebut.
Anwar, 67, disabit bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit
11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit
Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26
Jun 2008.
Ketua Pembangkang itu didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan
yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Rayuan tersebut didengar selama dua hari sejak semalam setelah tertangguh semenjak Julai tahun lalu.
Wajah Anwar dilihat muram sepanjang prosiding berjalan meskipun kerap
dilihat cuba bergelak ketawa ketika menemui pihak media, barisan peguam
atau para penyokongnya serta pemerhati asing yang memenuhi galeri awam
semasa mahkamah berhenti rehat seketika.
Ini sabitan kedua terhadap Anwar selepas dia penah dihukum penjara
sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 2000 setelah didapati bersalah
meliwat bekas pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar.
Walau bagaimanapun, empat tahun kemudian, hukuman dan sabitan
tersebut berjaya diketepikan oleh beliau di Mahkamah Persekutuan pada 5
September 2004 dengan keputusan majoriti 2-1.
Pada prosiding hari ini, ketika membaca penghakiman ringkas, Hakim
Balia menyatakan, Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf apabila tersalah
tafsir bahawa integriti bahan bukti yang diletakkan di dalam 11 botol
sampel berlainan telah tercemar.
Bahan bukti itu sebelum ini didakwa tercemar apabila beg plastik yang
digunakan untuk menempatkan kesemua sampel itu digunting di bahagian
bawahnya oleh bekas pegawai penyiasat, Supritendan Judy Blacious
Pereira.
"Kami berpuas hati bahawa apa yang dilakukan oleh PW25 (Judy)
hanyalah menggunting bahagian bawah plastik berkenaan, membungkus semula
setiap botol sampel secara berasingan sebelum membuat penandaan bagi
mematuhi Arahan Tetap Ketua Polis (IGSO).
"Adalah tidak disangkal bahawa hanya P27 (beg plastik) yang telah diusik dan bukannya botol-botol sampel.
"Ia turut disokong oleh keterangan saksi pendakwaan kelima, ahli
kimia dari Jabatan Kimia Malaysia, Dr. Seah Lay Hong bahawa kesemua
meterai (seal) botol-botol sampel itu masih berkeadaan baik sewaktu
menerimanya," kata hakim tersebut.
Menurut Hakim Balia, sekiranya hakim bicara telah meneliti keterangan
ini dengan teratur, beliau tidak akan membuat kesimpulan bahawa bahan
bukti terbabit telah tercemar sebelum diserahkan kepada ahli kimia.
Panel tersebut turut menyatakan hakim terdahulu juga terkhilaf
apabila menerima keterangan saksi pakar dari Australia, Profesor Madya
Dr. David Lawrence Noel Wells dan perunding Sistem Genetik Molekular,
Dr. Brian McDonald; yang disifatkan hanyalah armchair expert (pakar
yang hanya pandai berteori).
"Kami mendapati tiada sebab Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur perlu
berganjak dengan hasil penemuan yang dibuat di akhir kes pendakwaan yang
sempurna, lengkap dan tanpa kecacatan.
"Lay Hong dan Nor Aidora Saedon (ahli kimia) merupakan saksi yang
mempunyai pengalaman yang luas dan kelayakan akademik sebagai saintis
forensik.
Artikel Penuh: utusan.com.my
Top Posts
-
Cara jernih lampu dan buat Smoke Lamp sekaligus. Salam semua... hari ni aku nak kongsi satu cerita yang buat julung-julung kalinya di pame...
-
Berikut adalah pekeliling baru untuk pengubahsuaian kenderaan persendirian SURAT PEKELILING BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF Bilangan 1 T...
-
Hundreds of Indonesian Islamists rallied in central Jakarta to demand the stoning to death and public caning of celebrities who allegedly ap...
-
PROTON JEBAT 2012 with MITSUBISHI MIVEC TURBO engine. PROTON And MITSUBISHI Motors To Pursue Broad Ranging Strategic Collaboration S...
-
nissan cefiro a31 rb20det My turbo car project is completed successfully, with new white paint, new bumper,new body kit. rb20det eng...
-
Pada pendapat aku sudah tentu ramai yg sudah tahu bagaimana untuk menukar had pengeluaran tunai di bank, dan mungkin juga ada yang masih tid...
-
Latest H onda Civic 2012-fuel economy , sporty performance, smart packaging, alternative fuels and long-term value.... POWER OF ...
-
Salam dan selamat hari-hari buat semua yang tak jemu-jemu berkunjung,dikunjung,mengunjung,pengunjung dan terkunjung kesini... Dipendekkan ...
-
NEONODE N2 PHONE MADE IN MALAYSIA. The most recent developments in mobile phone technology is the new popularity of the touch screen. N...
-
Peringatan buat ahli kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP). #KWSP mengumumkan terdapat aplikasi perisian mudah alih haram oleh pihak ketig...
0 comments/pendapat:
Catat Ulasan