Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini mengesahkan bahawa pesawat MH370
hilang hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi
ini.
Kenyataan MAS itu memberitahu, penerbangan MH370, yang menggunakan
pesawat B777-200, berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi tadi
dan dijadualkan mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Katanya, penerbangan itu membawa sejumlah 239 orang, yang terdiri
daripada 227 penumpang termasuk 2 bayi dan 12 petugas. Kerakyatan para
penumpang adalah dari 13 negara.
Menurut kenyataan itu lagi, MAS sedang bekerjasama dengan pihak
berkuasa, yang sudah pun memulakan usaha mencari dan menyelamat bagi
mengenal pasti lokasi pesawat.
MAS akan memberikan berita terkini mengenai kejadian ini dan orang
ramai boleh menghubungi nombor 603 7884 1234 bagi maklumat terkini.
Anwar Ibrahim dihukum penjara!
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang
bersama-sama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh sebulat suara
mendapati Anwar bersalah pada pukul 6.15 petang ini setelah mendengar
hujah kedua-dua pihak sejak pukul 9.15 pagi.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan pelaksanaan hukuman itu ditangguhkan sementara menunggu rayuan dengan syarat Ahli Parlimen Permatang Pauh itu perlu membayar jaminan sebanyak RM10,000 sebelum atau pada pukul 11 pagi, Isnin ini.
Panel tersebut memutuskan demikian setelah membenarkan rayuan pihak pendakwaan yang diketuai oleh peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012 yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan tersebut.
Anwar, 67, disabit bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Ketua Pembangkang itu didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Rayuan tersebut didengar selama dua hari sejak semalam setelah tertangguh semenjak Julai tahun lalu.
Wajah Anwar dilihat muram sepanjang prosiding berjalan meskipun kerap dilihat cuba bergelak ketawa ketika menemui pihak media, barisan peguam atau para penyokongnya serta pemerhati asing yang memenuhi galeri awam semasa mahkamah berhenti rehat seketika.
Ini sabitan kedua terhadap Anwar selepas dia penah dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 2000 setelah didapati bersalah meliwat bekas pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar.
Walau bagaimanapun, empat tahun kemudian, hukuman dan sabitan tersebut berjaya diketepikan oleh beliau di Mahkamah Persekutuan pada 5 September 2004 dengan keputusan majoriti 2-1.
Pada prosiding hari ini, ketika membaca penghakiman ringkas, Hakim Balia menyatakan, Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf apabila tersalah tafsir bahawa integriti bahan bukti yang diletakkan di dalam 11 botol sampel berlainan telah tercemar.
Bahan bukti itu sebelum ini didakwa tercemar apabila beg plastik yang digunakan untuk menempatkan kesemua sampel itu digunting di bahagian bawahnya oleh bekas pegawai penyiasat, Supritendan Judy Blacious Pereira.
"Kami berpuas hati bahawa apa yang dilakukan oleh PW25 (Judy) hanyalah menggunting bahagian bawah plastik berkenaan, membungkus semula setiap botol sampel secara berasingan sebelum membuat penandaan bagi mematuhi Arahan Tetap Ketua Polis (IGSO).
"Adalah tidak disangkal bahawa hanya P27 (beg plastik) yang telah diusik dan bukannya botol-botol sampel.
"Ia turut disokong oleh keterangan saksi pendakwaan kelima, ahli kimia dari Jabatan Kimia Malaysia, Dr. Seah Lay Hong bahawa kesemua meterai (seal) botol-botol sampel itu masih berkeadaan baik sewaktu menerimanya," kata hakim tersebut.
Menurut Hakim Balia, sekiranya hakim bicara telah meneliti keterangan ini dengan teratur, beliau tidak akan membuat kesimpulan bahawa bahan bukti terbabit telah tercemar sebelum diserahkan kepada ahli kimia.
Panel tersebut turut menyatakan hakim terdahulu juga terkhilaf apabila menerima keterangan saksi pakar dari Australia, Profesor Madya Dr. David Lawrence Noel Wells dan perunding Sistem Genetik Molekular, Dr. Brian McDonald; yang disifatkan hanyalah armchair expert (pakar yang hanya pandai berteori).
"Kami mendapati tiada sebab Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur perlu berganjak dengan hasil penemuan yang dibuat di akhir kes pendakwaan yang sempurna, lengkap dan tanpa kecacatan.
"Lay Hong dan Nor Aidora Saedon (ahli kimia) merupakan saksi yang mempunyai pengalaman yang luas dan kelayakan akademik sebagai saintis forensik.
Artikel Penuh: utusan.com.my

Pulau Misteri
Menurut laporan berita di laman web Yahoo.com, fenomena aneh itu berlaku apabila satu timbunan tanah didakwa secara tiba-tiba muncul dan membentuk daratan baharu sepanjang dua kilometer dan lebar 15 meter.
Pulau itu terletak dua kilometer dari pinggir pantai kawasan Desa Pantai Sederhana, daerah Muaragembong di sini.
Berikutan penemuan pulau itu, ia kini menjadi kunjungan ramai orang dari kawasan berhampiran yang datang ke pulau tersebut dengan menaiki perahu yang mengambil masa satu jam perjalanan.
Ketua Kampung Muaragembong, Rubci, berkata, fenomena itu pertama kali berlaku di sekitar pantai di utara Bekasi.
Katanya, pulau itu dipercayai terbentuk daripada timbunan tanah yang dibawa air sungai ke laut ekoran kejadian banjir besar yang berlaku di daerah tersebut baru-baru ini.
"Dakwaan itu adalah hanya andaian saya sahaja. Ia belum dibuktikan sah lagi. Adakah benar pulau itu terjadi hasil daripada pasir yang dihanyutkan air," katanya kepada akhbar Tempo baru-baru ini.
Jelasnya lagi, seluruh permukaan pulau itu terdiri daripada pasir hitam bercampur kerang kecil, malah struktur pulau tersebut terbentang luas dan membentuk garisan melengkung ke arah laut.
Sementara itu, Ketua Kampung di Desa Pantai Sederhana, Karih Nuryanto berkata, kewujudan pulau tersebut masih belum dimaklumkan kepada pihak berkuasa bandar Bekasi.
"Mungkin kami akan buat laporan kepada pihak berkuasa pada minggu hadapan," ujarnya.
Perkongsian-Utusan Malaysia
bayar bil secara online
Salam, terima kasih le buat pengunjung yg melawat blog ku ini, ini hari aku nak kongsi satu cerita,bukan kl gangster atau kl zombie,
ini cerita tentang duit,tentang cara nak bayar online bil2 yg banyak tertunggak tu. Kaedah senang,jimat,mudah lagi berhemah.
1.log in ke cimbclicks
2.ikuti langkah seperti dilampiran
3.pastikan print screen bila selesai berurusan.
isi yang berkaitan seperti nombor akaun,nombor Bil serta jumlah yg hendak di bayar.
pelbagai bil boleh dibayar tanpa perlu beratur panjang di kaunter bayaran bil tnb,syabas,sada,astro,topap,indah water,
bil hospital,air perlis,alam flora,gas Malaysia sdn bhd,Lembaga air Perak,Lembaga air Sibu,pengurusan air Pahang PAIP,
Pengurusan Air Pulau Pinang,semua Bil Syarikat Pengurusan Air seluruh Malaysia,Air Selangor dll etc.
Sekian, Selamat Mencuba.

Labels:
asto,
bil utiliti,
bila bayar online,
cimbclicks,
indah water bil,
sada,
syabas,
tnb
Langgan:
Catatan (Atom)
Top Posts
-
Cara jernih lampu dan buat Smoke Lamp sekaligus. Salam semua... hari ni aku nak kongsi satu cerita yang buat julung-julung kalinya di pame...
-
Berikut adalah pekeliling baru untuk pengubahsuaian kenderaan persendirian SURAT PEKELILING BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF Bilangan 1 T...
-
Hundreds of Indonesian Islamists rallied in central Jakarta to demand the stoning to death and public caning of celebrities who allegedly ap...
-
PROTON JEBAT 2012 with MITSUBISHI MIVEC TURBO engine. PROTON And MITSUBISHI Motors To Pursue Broad Ranging Strategic Collaboration S...
-
nissan cefiro a31 rb20det My turbo car project is completed successfully, with new white paint, new bumper,new body kit. rb20det eng...
-
Pada pendapat aku sudah tentu ramai yg sudah tahu bagaimana untuk menukar had pengeluaran tunai di bank, dan mungkin juga ada yang masih tid...
-
Latest H onda Civic 2012-fuel economy , sporty performance, smart packaging, alternative fuels and long-term value.... POWER OF ...
-
Salam dan selamat hari-hari buat semua yang tak jemu-jemu berkunjung,dikunjung,mengunjung,pengunjung dan terkunjung kesini... Dipendekkan ...
-
NEONODE N2 PHONE MADE IN MALAYSIA. The most recent developments in mobile phone technology is the new popularity of the touch screen. N...
-
Peringatan buat ahli kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP). #KWSP mengumumkan terdapat aplikasi perisian mudah alih haram oleh pihak ketig...