New Village filem komunis?

Sebuah filem yang mengangkat Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero berjudul The New Village bakal ditayangkan di pawagam tanah air mulai 23 Ogos nanti iaitu di bulan kemerdekaan negara.
Perkara itu didedahkan sebuah blog, http://mymassa.blogspot.com selepas tayangan trailer filem tersebut yang menceritakan kisah masyarakat Cina di Kampung Baru mula tersebar sejak minggu ini.
Blog itu seterusnya mempersoalkan bagaimana filem yang mengangkat perjuangan komunis itu boleh ditayangkan apatah lagi di bulan kemerdekaan sedangkan filem Tanda Putera terpaksa ditangguh penayangan beberapa kali.

Menurut mymassa, sepatutnya semua pihak yang terlibat dalam penghasilan filem berkenaan termasuk penerbit bersama, Astro Shaw sensitif terhadap penderitaan mangsa kekejaman komunis terutamanya bekas perajurit.

Sehubungan itu blog berkenaan mendesak Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Penerangan mengambil tindakan sewajarnya jika benar filem tersebut mengagungkan komunis seperti dalam tayangan trailer.

"Apa nak jadi dengan negara ini. Filem macam ini pun akan ditayangkan ke? Tengok bertapa terhinanya filem sejarah negara seperti Tanda Putera yang terpaksa ditangguh beberapa kali akibat desakan bukan Melayu.

"Namun filem The New Village ini begitu mudah pula mendapat hak tayangan dan apa yang lebih malang bila ia bakal ditayangkan pada bulan kemerdekaan negara," jelas blog tersebut sebagaimana dipetik hari ini.

Sebelum ini filem Tanda Putera yang mengisahkan persahabatan dan perjuangan Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dalam mendepani tragedi 13 Mei 1969 tiga kali ditunda.

filem ’The New Village’ yang dilihat seolah-olah, cuba menghidupkan gerakan komunis di negara ini,ideologi komunis telah mati di negara ini. Kenapa filem ini dibenar ditayangkan kerana ia hanya akan memberi kesan psikologi kepada rakyat Malaysia untuk mendekati ideologi komunis,"

LPF meluluskan penayangan filem tersebut kerana ahli panel penapis merasakan bahawa babak yang terdapat di dalam filem tersebut mengandungi aksi yang tidak keterlaluan dan perlu dikekalkan untuk menjaga kesinambungan jalan cerita.
(kenyataan BANGANG dari LPF).

Filem ni bukan hangat disebabkan kehebatan filem, tetapi kontroversi yang mengangkat pengganas komunis sebagai hero.
Apa tidaknya sebelum ini filem yang sengaja dikontroversikan oleh pihak tertentu, Tanda Putera arahan Suhaimi Baba ditunda tiga kali gara-gara tentangan pihak yang belum menonton filem tersebut.

Filem Tanda Putera sengaja dianggap rasis walaupun ceritanya bergerak di atas fakta sejarah rusuhan kaum 13 Mei 1969. Ironinya pihak yang menganggap rasis ini sebenarnya belum menonton filem tersebut.

Tanda Putera yang dijangka ditayangkan pada September tahun lalu ditangguhkan tayangannya kepada bulan November tahun sama atas alasan tidak mahu menimbulkan kontroversi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Sebenarnya itu satu alasan yang tidak masuk akal dan pihak berwajib seperti Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (kini Kementerian Komunikasi dan Multimedia) langsung tidak mempertahankan Shuhaimi. Malah seolah mengiyakan tuduhan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Akhirnya Tanda Putera yang lama diperam ditayangkan pada 29 Ogos ini. Tetapi kalau ada kontroversi lagi, boleh jadi ditunda lagi.
Kurang enakTanda Putera mendapat tentangan serta serangan daripada pihak yang kurang senang terhadap filem dikatakan lebih bersifat perkauman.

Tetapi tanpa kita sedar sebuah filem yang memaparkan tentang kaum Cina pada zaman darurat akan ditayangkan 22 Ogos ini, seminggu lebih awal daripada Tanda Putera.

The New Village terbitan Astro Shaw merupakan filem yang memaparkan kisah yang berlaku pada 1949 ketika Tanah Melayu diisytihar darurat. Difahamkan filem ini cuba memaparkan Parti Komunis Malays dan dan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) sebagai pejuang kemerdekaan.

Filem arahan Wong Kew Lit ini jika dilihat daripada barisan pelakonnya langsung tiada membabitkan pelakon Melayu ataupun India. Tetapi pihak yang banyak menghentam Tanda Putera tidak pula menganggap The New Village filem rasis kerana hanya menonjolkan Cina sebagai pejuang kemerdekaan.

Ini membuktikan kontroversi ke atas Tanda Putera suatu yang sengaja diada-adakan untuk menutup fakta sejarah tentang penglibatan kaum tertentu dalam peristiwa 13 Mei 1969.

Kenapa pula Finas yang menjaga jadual tayangan filem tidak menunda filem ini? Ironinya filem ini tidak menghadapi masalah seperti Tanda Putera. Adakah Finas bersikap duoble standard antara Tanda Putera dan The New Village?

Lagi "hebat" apabila The New Village mendahului tayangan Tanda Putera sedangkan rasanya filem itu baru sahaja disiapkan. Kita menunggu jawapan dari Finas kenapa perkara ini boleh berlaku. Adakah Finas hanya menjadi kambing hitam dalam kontroversi Tanda Putera?

The New Village memaparkan tindakan British ke atas orang Cina pada zaman darurat. Watak utama filem ini adalah anggota MPAJA yang mempunyai pertalian dengan Parti Komunis Malaya (PKM) dan dia adalah wira.

Persoalannya di sini benarkah MPAJA sebuah pertubuhan yang membawa doktrin komunis yang memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu?Apakah benar MPAJA berjuang untuk kemerdekaan Tanah Melayu atau ada agenda lain di sebaliknya?

Menurut sejarah MPAJA ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942 hingga 1945. MPAJA ditubuh bagi melancarkan serangan gerila terhadap Jepun di Tanah Melayu.

Pada dasarnya MPAJA adalah sebuah gerakan bersenjata yang ditubuhkan bukan bertujuan untuk mempertahankan Tanah Melayu sebagai tanah air tetapi kerana sentimen anti Jepun yang tercetus sejak konflik China-Jepun dalam Perang Dunia Kedua.

PKM pula menggunakan kesempatan ini untuk menyatukan orang Cina dengan menubuhkan MPAJA bagi menentang Jepun. Peluang PKM terbuka apabila Kuomintang yang menjadi saingan mereka mulai lemah.

Jadi mengapa isu MPAJA diangkat dalam filem The New Village ini? Adakah mungkin terdapat agenda-agenda tersembunyi?
Paling malang, tiada pula pihak yang tampil membuat bising dan membantah filem ini atau tiada pula pihak berwajib menangguh dan mengadakan tayangan khas terhadap filem ini seperti yang berlaku kepada filem Tanda Putera.
sumber-utusan.

Amaran atau tindakkan-hina bulan Ramadhan

Facebook rasmi milik dua pasangan Alvin dan Vivian dilihat mempersenda kedatangan Ramadan dengan upload gambar hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)...wangi, enak dan menyelerakan'. Mereka turut meletakkan logo halal pada gambar tersebut.

Apa yang puak ni mahukan sebenarnya ni, kenapa sengaja mencetuskan kemarahan org islam dengan perbuatan babi-babi mereka, pada aku mereka ni bukanya berani sangat tapi dah kerana kerajaan kita hari ini kerajaan lemah maka terjadi la mcmni, tambahan lagi menteri-menteri serta pertubuhan islam semua sekadar mampu memberi "amaran" dan tak "berani" ambil tindakkan.. pertubuhan islam pula sekadar mampu buat laporan polis.

Pihak berkuasa pula kena tunggu beribu laporan polis yg dibuat baru la akan ambil tindakkan, itu pun sekadar panggil suspek beri keterangan,rakam percakapan dan kemudian "lepas"... skrip yang sama la sejak 2003(lepas zaman Dr M) .
 
Bloger-bloger yang perihatin pula terus mengecam perbuatan pasangan tersebut, seperti Blog MyKMU.net (http://www.mykmu.net) yang memaparkan tajuk 'Hina, cemar sensitiviti umat Islam dianggap kelakar?' oleh dukeofmontecristo menegaskan pasangan yang popular dengan panggilan Alvin dan Vivian itu boleh dianggap layak dilucutkan kewarganegaraan kerana mencetuskan kemarahan umat Islam.

"Terus terang saya katakan, sekiranya undang-undang membolehkan saya memijak kepala Alvin dan Vivian, tentu sudah pecah kepala saya kerjakan. Pada saya, mereka boleh bertelanjang dan mengadakan pertunjukan seks di depan pintu masuk Universal Studio atau di patung kepala Singa di Singapura.
"Tapi kalau sampai mempersenda kesucian bulan Ramadan, mencemar hukum-hakam di dalam Islam dan tidak menghormati sensitiviti umat Islam yang sedang berpuasa, pada saya perbuatan itu sudah cukup melampau dan tidak wajar dimaafkan lagi,'' tegas blog berkenaan.

Menurut blog itu, kerajaan dengan apa jua akta, perkara atau petikan Perlembagaan yang ada perlu melucutkan kewarganegaraan kedua-dua bekas pelajar National University Singapore berkenaan serta-merta.
"Tiada kompromi dalam soal ini. Tiada amaran yang patut diberikan pada mereka lagi dalam keadaan ini. Selain itu, Alvin dan Vivian dalam apa jua keadaan sekalipun, wajar disekat dari cuba kembali atau masuk ke Malaysia melalui apa cara sekalipun," tegasnya.
Sementara itu, blogger Gerakan Anti PKR (http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com) yang turut mengulas isu sama melahirkan rasa sedih dengan pemimpin-pemimpin Islam yang masih tidak mengambil tindakan terhadap pasangan berkenaan.

"Sakit hati melihatkan kelakuan pimpinan Islam, lebih memikirkan nasib politik daripada nasib Islam itu sendiri. Gambar terbabit adalah kesinambungan daripada Namewee yang pernah mempersendakan azan Subuh.
"Di situlah bermula segala penghinaan kerana mereka tahu pimpinan Melayu semuanya tak berani (ambil tindakan),'' katanya.
Turut melancarkan 'perang' terhadap pasangan itu adalah blog MIK (http://medan-info-kita.blogspot.com) yang mengecam tindakan biadab pasangan berkenaan, dan blog Cucu Tok Selampit (khairulryezal.blogspot.com) melabel tindakan pasangan itu sebagai kurang ajar.

Aku yakin selepas ni akan ada banyak pertubuhan mengecam budak dua ekor babi ni, tapi seperti biasa la,kerajaan,menteri,pertubuhan islam,pihak berkuasa akan hanya beri amaran dan amaran,selepas tu beri amaran dan amaran,dan kemudianya amaran dan amaran lagi... sedangkan berok dua ekor tu senyum2 ja depan laptop kat rumah..

sumber-melalui bacaan/utusan/blogger.

kenaikkan harga ayam terkini

Kenaikan harga ayam
-secara drastik mencecah RM1 hingga RM2 sekilogram dibeberapa negeri. 

Harga ayam terkini
-dijual pada RM8 hingga RM8.50 sekilogram ke RM9 sekilogram. harga sebelum ini RM6.50 hingga RM7.60 sekilogram. 

Punca kenaikan
- permintaan tinggi oleh pengguna sepanjang Ramadan dan dijangka terus meningkat hingga ke Hari Raya Aidilfitri.
-penjual mendapatkan bekalan ayam daripada berlapis-lapis pembekal yang menyebabkan harga akhir kepada pengguna meningkat. 

Harga ayam diKelantan
-tinjauan di pasar-pasar sekitar Kota Bharu harga ayam mencecah RM7.50 hingga RM8 sekilogram,bermula minggu lalu berbanding -harga sebelum ini RM6.50 sekilogram

Ayam di Selangor
-harga ayam meningkat seminggu lalu RM8.50 sekilogram di pasar sekitar Shah Alam berbanding RM6.50 hingga RM7 sebelum ini.

Harga ayam Perak
-meningkat 30 sen hingga 90 sen dalam tempoh kurang dua minggu sehingga mencecah RM8.50 sekilogram
-harga sebelum ini RM7.60 hingga RM8.20.

Harga ayam Pulau Pinang
-harga ayam naik mendadak sehingga RM9.50 sekilogram berbanding harga sebelum RM8 hingga RM8.50 sekilogram.

Kenaikan harga ayam Johor
-di kebanyakan daerah di negeri ini dicatatkan RM8 sekilogram berbanding antara RM7.50 dan RM7.80 sebelum ini.

Di Negeri Sembilan
-Pasar Besar Seremban mendapati, meskipun harga ayam naik dengan mendadak, orang ramai tidak mempunyai pilihan selain membelinya dengan harga yang telah ditetapkan iaitu daripada RM7.50 sekilogram kepada RM8.50 sekilogram.

Di Kedah
-tinjauan di beberapa pasar Alor Setar mendapati peniaga menjual ayam siap proses sehingga RM9 kilogram.

Peniaga di Pasar Besar Alor Setar
-Mohd. Zahir Zainal Abidin, 59,pemilik gerai E.D Ayam tetap menjualnya pada harga RM7.20 sekilogram.
"Saya jual murah kerana mahu meringankan beban kewangan pengguna lebih-lebih lagi pada Ramadan dan Syawal tidak lama lagi.

Di Perlis
-harga ayam turut naik 20 sen hingga 30 sen dalam tempoh seminggu sebelum ini
-dijual RM8 hingga RM8.50 bagi setiap sekilogram berbanding harga sebelum RM6.50 hingga RM7 sekilogram.

Di Melaka
-harga ayam mengalami kenaikan mendadak hingga mencecah RM2 berbanding harga asal RM6.50 sekilogram.

Di Sarawak
-harga ayam di negeri ini kekal pada harga biasa RM8.50 hingga RM9.50 sekilogram.

Langkah atasi masaalah
-Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani membuka serta merta permit import ayam bulat bagi memenuhi permintaan serta usaha menstabilkan harga ayam.

Menteri kata
-Kementerian menggalakkan pengimportan ayam bulat dari negara lain seperti Australia dan benua Eropah untuk mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan ayam tempatan.

Aku kata
-Tempat lain mati tak dapat makan ayam,kita makan ayam sampai mati...

hangpa kata?

homestay murah,sewa kereta murah Sungai Petani

Kereta Sewa Sungai Petani dan Home stay/guest house sewa di Sungai Petani
lokasi rumah/homestay berdekatan dengan:
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) - 3.9km.
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) - 4.6km.
PUSPAKOM - 4.2km.
Institut Sultan Abdul Halim (IPSAH) - 5.4km.
PUSPEN Sungai Petani - 4.1km.
Petronas Ngv/Cng station/Shell- 3.1km.
Pasaraya Econsave/KFC - 3.2km.
Jabatan Penjara Sungai Petani - 10.4km.
KUIN Kuala Ketil Kedah - 30km.
UiTM Merbok Kedah - 22km.
Hospital Sungai Petani - 14km.
Klinik 1Malaysia- 3.3km.
Pantai Merdeka- 30km.
highway (PLUS) Sungai Petani selatan - 6.2km.

check in tengok pada kekosongan.
check out sebelum 12.00 tengahari.
sewa homestay - rm120.00 semalam/diskaun utk tempahan lebih 1hari.
sewa kancil - rm45.00 special harga utk pelangan homestay shja.
019 5720248//////017 5152073.
maklumat >>lanjut disini<<

cara free install print screen penuh screengrab blog/web

Cara-cara mudah untuk Print Screen penuh menggunakkan Add On Firefox
cari ini lebih mudah berbanding guna prt sc/print screen yang hanya memaparkan separuh imej dari page blog/web
dan kelebihanya kita dapat save page secara keseluruhan (penuh).

anda hanya perlu install screengrab menggunakan add on firefox dimana terdapat dua versi
1.Screengrab 0.96.3 Download sini
2.Screen grab 0.97.12c Download sini 

Pilih salah satu yang bersesuaian dengan version mozilla firefox yang digunakan
1) Pastikan menggunakan Mozilla Firefox
2) Download Screen Grab Plugin dan Klik Add to Firefox
3) Klik Allow and Install Now kemudian Restart Firefox
4) Buka Web/Blog yang mahu di Print Screen
5) mouse right click pilih Screen Grab! > Save > Complete Page/Frame
6) Browse folder untuk Save Print Screen,Selesai sudaaa.

Kaedah ni juga berguna untuk kita lihat susunan widget/adsense/nuffnang etc dalam web/blog samaada teratur ataupun lintang-pukang hik2,selamat mencuba.. kepada sesiapa yg ingin berkongsi dipersilakan,cuma letak le link balik ke blog ni ye.
Kredit 5bintang juga buat gempakzsiot.com

proton dan perodua petrol,ngv,cng

Suatu masa dulu orang akan terfikir kereta keci seperti Kancil. Viva. Myvi. Alza itu jimat minyak tapi itu tidak betul. Sejak adanya NGV. Kereta yang ber saiz besar dan CC tinggi lagi bijak dan bagus di beli dari pada kereta bersaiz kecil kerana teramat selisa ada ruang untuk menempatkan sistem dan tong NGV. Manakala kalau kereta kecil nak sumbat mana kat mana tong tu? dan jika gatal-gatal jugak nak masuk sistem NGV jadilah macam kereta driving school tu. Sampai nak apa pun tak boleh pada bonet kereta betul-betul bawa tong NGV sahaja lah. Kan sia-sia nama nye tu, dah lah harg mahal ruang simpanan barang tiada,

Jika buat kajian harga kereta baru saga flx atau viva harganya tak jauh beza. Keselesaan lagi hebat saga tapi bayaran lebih tinggi viva. Apatahlagi jika myvi dengan Persona. Cuba fikir betul2 dan berda pada kedudukan sama tengah. Betul tak?
Nak kata tak laju nak laju mana lagi? Sekarang ne dah banyak dah camera perangkap had laju. Kalau nak kena saman cuba lah. Lagi baik duit tu beli KFC ke.. Pizza ke..lagi kenyang perut. Dengan pengunaan NGV kereta juga boleh mecapai hat laju ditetapkan 110km dan lebih dari itu. Tapi kelajuan 110kmj itu sudah cukup. Banyak kelebihan menggunakan NGV. Kereta barsaiz besar seperti Proton mempunyai handaling yang bagus. Air cond yang sejuk. ruang barang luas. seat yang selesa spare parts banyak dan banyak lagi.

Tanpa dapat dinafikan lagi bukti kukuh tengok lah proton iswara yang di belasah oleh pemandu teksi tu.. air cond punya lah mantap sejuk tu.. banding dengan kancil.kelisa. kenari. Bila tengah tengah panas berpeluh ketiak neee woooi bila naik kereta kecil. kan pulak perjalanan jauh dari Kota Baru ke Kuala Lumpur bernafas dalam kereta bersaiz kecil dan bila buka aircond.terasa sesak dan lemas jika naik 4 orang. akan terasa kestailan kereta anda puan mula terhuyng hayang sebab casis kecil . tayar kecil. saspension kecil. ruang kecil tempat duduk kecil. tak percaya cubalah.

Paling merugikan dan perkhidmatan tak seberapa bila pakai kereta kecil neee SPARE PARTS MAHAL PADAHAL METERIAL YANG DIGUNAKAN LAGI KURANG BERBANDING KERETA BESAR.contoh timing belt set kelisa lagi kecil dari Proton Iswara tapi mahal tu. siap pasang ubah jejak RM400 hingga RM500 sedangkan proton tak sampai RM250, kan kerja bangang namanye tu.

KERETA PRODUA RUANG NAK BUAT KERJA MEMANG SUSAH BETUL. SEMPIT JADI KOS PEMASANGAN TINGGI KERANA FORMEN KENA BUKA BANYAK BAHAGIAN UNTUK BUAT KERJA PEMASANGAN. SELAIN CEPAT ROSAK JIKA MAIN BELASAH SAHAJA. BUMPER DAH LAH MAIN KLIP SAHAJA.

contoh bumper Viva tu hanya ada 1 sahaja sekru size 10cm. dibelakang no plate tu. yg lain semua main klip plastik. hisap darah betul harga 5.00 /1pec. punya lah bangag bila kena maintenance. tukar tiap kali buka bumper kerana mudah patah. tak percaya bagi yg pakai viva cuba lah buka bumper kereta anda tengok berpa sekru bumper tu. sebab tu langar sikit bumper terus terbuka. sebab dah kaji macam mana nak lakukan jerat spare parts mahal tu cepat.


NGV jauh lebih jimat. Jangan sangka kereta sebesar exora ini minyak mahal bila dah pakai NGV ianya mengalahkan kancil . Viva. Myvi.alza Atau apa juga lah yang dok heboh diperkata jimat minyak tu semua karut. Saya dah buktikan.RM10 dalam poket pun anda dah rasaselisa sebab kereta anda dah boleh berjalan lebih 200km. Nak kata stesyen NGV tak banyak itu tidak betul. Kini terlalu banyak stesyen NGV dibuka di seluruh negeri.

Hairan jugak bila lagi produa nak keluar kereta sediri asyik degan tukar bumper dan logo sahaja. gah bukan main. kalau terus bawa masuk kereta Daihatsu Boon/MYvi ke MIra L5/Kancil. ke Gino/Kelisa ke. Daihatsu AVY/viva daihaitu lumins/alza ke lagi bagus. tak payah buang duit beli yang dah dok aksiden di Jepun pasang balik di Malayisia. kualiti lagi baik. kan itu kerja bodoh dan merugikan.

bagi yang dah tebeli tu. dah tentu tak mengaku kebenaran ini.macam dah kawin takkan nak kondem pasangan kita kat orang. tapi dalam hati akan terasa. dan bagi nak berlagak dan tabiat nak nampak standart sedialah bayar lebih sedangkan wang itu boleh disalurkan pada tempat yang lebih berfaedah urus kehidupan. sebab 100% gaji kita sepatutnya 20% sahaja yang kita boleh peruntukan untuk bayar kereta. sebab tu ramai kita tengok rumah flat. buruk tapi kerta mahal. padahal kereta mudah turun harga tengok lah mudah.com rugi tu. rumah lagi penting. yang sangup ikat perut pun ramai. hutang credit card pun ramai. beli kereta baru simpan lah di rumah sebab tak mampu isi minyak. dan tol bayar bulanan dah lah tinggi. insuran rotex tinggi tiap tahun. buat-buat lah alasan jem suka naik motor padahal nak jadi hamba kereta.org lain naik kereta belasah semacam sahaja lagi selamat dari motor cubcai. betul org kat sanggup papa asal bergaya. ada keteta yg murah tak nak beli nak standart padahal gaji tak seberapa. kutuk lebih.selera besar. pikul lah hutang 9 tahun. bila keluarga besar menjelang 9tahun sumbat lah jugak sebab itu pilihan sendiri :-)
cerita nurkilan diatas ni dipetik dari sumber you tube bernama-abot zxri
video test exora 200km maksimun guna NGV-sini dan sini
p/s:NGV terlaaaajak jimmaaatttt....

syarat tambahan untuk pinjaman baru

Langkah baharu Bank Negara Malaysia (BNM).
-mengenakan syarat tambahan untuk pinjaman peribadi,pinjaman perumahan dan pinjaman bukan kediaman.

Objektif
-mengelakkan hutang isi rumah berlebihan
meningkatkan amalan pemberian pinjaman bertanggungjawab oleh pemberi kredit.

Garis panduan baharu
-pembeli hartanah tidak lagi di beri opsyen untuk membuat pinjaman bagi tempoh lebih daripada 35 tahun.
-syarat baru bayaran balik pinjaman peribadi dihadkan kepada 10tahun.
 -melarang penawaran produk pembiayaan peribadi yang diluluskan terlebih dahulu.

Pengurus Perhubungan Awam iProperty Group, Debbie Pereira
-garis panduan itu akan memberi kesan kepada generasi muda yang berdepan garis panduan lebih ketat pembelian rumah.
-tidak akan memberi kesan kepada generasi tua dan jualan rumah dijangka tidak terjejas.

Kajian BNM
-purata rakyat Malaysia yang meminjam membawa pulang gaji bersih yang sedikit akibat begitu mudah mendapat pinjaman peribadi dan tempoh pembayaran yang begitu panjang(penjawat awam lah ni).

Ah Long kata
-sapa mau pinjam latang sama wa meh,syarat pinjaman ketat buleh kasi mudah punya lo sama gov staff.

Aku kata 
-ada baik dan buruk la pekara nih,tapi takda mekanisma yang lebih baik ke selain mengetatkan peraturan macamni.

Apa kata anda?
-sumber utusan


Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...