"Kumpulan itu akan terus bertahan di Sabah kerana bagi mereka itu adalah satu penghormatan' katanya kepada abs-cbnnews.com.
Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina menyarankan agar semua penceroboh di Sabah supaya menyerah diri untuk menghalang lebih banyak pertumpahan darah, itu adalah satu-satunya jalan yang ada, selepas Kerajaan Malaysia menolak proses gencatan senjata.
Manakala Polis Malaysia PDRM menyatakan pengganas tidak menunjukkan tanda-tanda mahu menyerah diri menyebabkan operasi menggempur mereka terpaksa diteruskan.
Hernandez turut memberi amaran bahawa pasukan keselamatan Malaysia memutuskan untuk 'memusnahkan kumpulan pengganas itu' sekiranya mereka tidak serah diri.-uts
Moral: Pilu hati melihat anggota keselamatan kita yg gugur,sedih menyaksikan penceroboh yg tumpas kerana mereka juga beragamaislam, lebih sedih bila saat wira2 negara sedang berjuang jom heboh berkonsert sakan semalam,lebih pilu lagi tua muda bersoraksakan dalam rancangan tv2 semalam bersama isteri PM.Benar la kata DR.M melayu mudah lupa..
0 comments/pendapat:
Catat Ulasan