Lahad Datu:Penghormatan untuk pengganas

Ketika bercakap kepada radio dzMM Anak perempuan kepada Jamalul Kiram III menegaskan pengikut mereka tidak akan menyerah diri, kumpulan itu yang diketuai Azzumudie Kiram tidak akan meninggalkan Sabah tegasnya.

 "Kumpulan itu akan terus bertahan di Sabah kerana bagi mereka itu adalah satu penghormatan' katanya kepada abs-cbnnews.com.
Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina menyarankan agar semua penceroboh di Sabah supaya menyerah diri untuk menghalang lebih banyak pertumpahan darah, itu adalah satu-satunya jalan yang ada, selepas Kerajaan Malaysia menolak proses gencatan senjata.

Manakala Polis Malaysia PDRM menyatakan pengganas tidak menunjukkan tanda-tanda mahu menyerah diri menyebabkan operasi menggempur mereka terpaksa diteruskan.
Hernandez turut memberi amaran bahawa pasukan keselamatan Malaysia memutuskan untuk 'memusnahkan kumpulan pengganas itu' sekiranya mereka tidak serah diri.-uts

Moral: Pilu hati melihat anggota keselamatan kita yg gugur,sedih menyaksikan penceroboh yg tumpas kerana mereka juga beragama
            islam, lebih sedih bila saat wira2 negara sedang berjuang jom heboh berkonsert sakan semalam,lebih pilu lagi tua muda bersorak
            sakan dalam rancangan tv2 semalam bersama isteri PM.
            Benar la kata DR.M melayu mudah lupa..


Terkini sabah: Menteri dah mula marah

Tawaran gencatan senjata oleh pengganas Sulu tidak diterima kerajaan Malaysia kecuali semua mereka menyerah diri tanpa syarat.
berikut adalah kenyataan  Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

"Jangan percaya dengan tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram. Demi kepentingan rakyat Sabah dan seluruh rakyat Malaysia, hapuskan dulu semua militan," katanya menerusi laman Twitter.

Bagus tok mat,itu jalan yg sepatutnya kita ambil kerana kita telah beri peluang kepada mereka sebelum ini selama 3minggu untuk berunding secara aman, namun niat baik kita dibalas dengan mereka menembak mati 8 orang angota keselamatan Malaysia,

Sekarang bila mereka dah tersepit mula la buat helah gencatan senjata, mungkin itu hanya muslihat sahaja jangan terperdaya, kalau betul mereka mahu berunding mereka harus serah diri terlebih dahulu bersama senjata-senjata yang mereka ada..

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...