peringatan cuaca panas

Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menjangkakan cuaca panas dan kering pada monsun barat daya yang akan melanda negara bermula Mei hingga September depan, tetapi ia tidak seteruk tahun-tahun sebelum ini.
Timbalan Ketua Pengarah Aplikasi JMM, Alui Bahari berkata, keadaan cuaca kini yang sering berubah-ubah dan tidak menentu adalah disebabkan berlakunya peralihan monsun dan dijangka kembali normal menjelang penghujung bulan ini.
"Keadaan suhu laut yang normal bagi monsun barat daya ini banyak mempengaruhi perubahan cuaca menjadikan keadaan panas kering bagi monsun kali ini dijangka tidak seteruk tahun-tahun lepas,” katanya di Forum Iklim Kebangsaan Monsun Barat Daya di sini semalam.
Beliau berkata, cuaca panas dan kering kali ini diramal mencapai suhu maksimum sehingga 34 darjah celsius dan suhu minimum adalah 23 darjah celsius.
Alui berkata, cuaca panas dan kering mampu mencetuskan keadaan berjerebu dan ia tidak dapat dielakkan, namun ia mampu dikurangkan sekiranya masyarakat tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka. – BERNAMA

Datuk dan artis seksi

Setelah menjadi sasaran di blog-blog hiburan tanah air, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal semalam tampil untuk menafikan dakwaan bahawa beliau telah membayar sejumlah wang yang banyak kepada seorang selebriti, Zahida Mohamed Rafik.
Shafie dalam satu kenyataan tiga perenggan semalam menegaskan, laporan polis mengenai perkara itu yang dibuat oleh Noor Azman Azemi yang mendakwa dirinya bekerja sebagai pemandu dengan menteri itu bertarikh 13 Mac 2012 adalah tidak benar.
Menurut beliau, semua yang tertera dalam laporan polis berkenaan adalah tidak benar sama sekali.
"Kenyataan-kenyataan iringan oleh individu lain yang menyebarkan salinan laporan polis berkenaan adalah berniat jahat dan berunsur politik semata-mata," kata Shafie.
sumber-kosmo
Adeehhh Datok,pilihanraya dah nak dekat nih,hindari kontroversi tingkatkan prestasi berani kerana benarrrr ...

Kereta terbang bakal dijual dipasaran?

Amerika Syarikat (AS) - Prototaip kereta terbang ciptaan syarikat Terrafugia Inc. berjaya menamatkan penerbangan sulung pada bulan lalu.
Kenderaan itu yang dinamakan Transition memiliki dua tempat duduk, empat tayar dan sayap yang boleh dilipat.
Ia mampu terbang pada ketinggian 426 meter selama lapan minit dalam ujian yang diadakan pada 23 Mac lalu.
Setakat ini, kira-kira 100 orang telah membayar deposit sebanyak AS$10,000 (RM30,502) untuk membeli Transition.
 Bilangan pembeli dijangka meningkat selepas kereta itu dipamerkan semasa Pameran Automotif New York berlangsung pada hujung minggu ini.
Menurut syarikat berkenaan, Transition dijual pada harga AS$279,000 (RM850,952).
Kenderaan tersebut turut memerlukan landasan untuk terbang.
Ketika ini, kereta itu menjalani satu siri ujian kemalangan bagi memastikan ia memenuhi piawaian keselamatan AS.
Menurut jurucakap syarikat itu, kelajuan Transition boleh mencecah 112 kilometer sejam (km/j) di jalan raya dan 185km/j di udara. - Agensi
kalau tak mahu tersangkut dalam kesesakkan lalulintas,elok beli kereta macamni,terutama org KL..nanti bila time raya senang siket nak balik kampung hii.

konsert free gabungan otai-matai

Karnival Ziarah For Peace 2012

Senarai artis
SERAMAI 126 artis dan penyampai radio dari stesen radio Suria FM terlibat.

Jadual
berlangsung selama tiga hari dari 6 hingga 8 April 2012

Anjuran
syarikat Project Ziarah bersama Majlis Perbandaran Taiping

Lokasi
bakal diadakan di Taman Tasik Taiping Perak.

Acara
-bola sepak jalanan, hari bertemu pelanggan, pertandingan memasak, pertandingan mewarna dan cabutan bertuah.
-pertandingan karaoke terbuka dihoskan oleh Roslan Shah dan Ifa Raziah.
-pendaftaran di tapak lokasi karnival pada hari Jumaat, 6 April
-pengurus Project Ziarah, Mohd. Zamri Nordin.

Konsert Rock & Dangdut
konsert gabungan irama rock dan dangdut bakal berlangsung sebagai salah satu acara rasmi karnival.

Persembahan artis
Bandi Amuk, May, XPDC, Ayu Cendana dan Sheeda,ifa raziah,roslan shah dan ramai lagi.

Tema karnival
Malaysia Destinasi Keamanan bakal dirasmikan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Sabtu, 7 April ini.

Masuk adalah percuma freeeeeeeeeeeeeeeeeeee.!!!!!!!

Lagu Zizan diharamkan!

lagu Bawaku Pergi nyanyian Zizan Raja Lawak dan Kaka akan diharamkan atau sebaliknya hanya akan diketahui dalam tempoh seminggu lagi.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim berkata, setakat ini, lagu itu hanya digantung buat sementara waktu sehingga siasatan sepenuhnya selesai dijalankan.
"Kita masih menjalankan siasatan dengan mengenal pasti sama ada lagu tersebut secara langsung menghina agama, budaya atau moral.

"Kerajaan akan bersikap teliti dan adil sebelum sesuatu lagu itu diharamkan," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan Kosmo! semalam mengenai lagu tersebut yang digantung siaran buat seketika ekoran liriknya yang mendatangkan kon troversi.
Sementara itu, Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Pen cipta Lagu Tanah Air (Papita), Datuk M. Daud Wahid berkata, lagu tersebut wajar diharamkan jika liriknya boleh mendorong anak muda terutamanya remaja perempuan untuk lari dari rumah.sumber-kosmo online

Lirik lagu Bawa Ku Pergi
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali...

P/S-benda yang tak elok ni patut la di ban,cita dongeng pun boleh beri pengaruh pada yg menonton dan mendengar.

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...