CIMB tawarkan Wasiat Dalam Talian

Kesibukan kerja hari ini memerlukan segalanya dilakukan dengan pantas,kalau dulu untuk membuat sesuatu urusan berkaitan KWSP,cukai jalan,perbaharui insuran,atau membayar bil kita perlu ke kaunter,kini melalui teknologi segalanya menjadi lebih mudah dan boleh dilakukan secara online.
Antaranya ialah perkhidmatan baru yang ditawarkan oleh CIMB bank.

CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd baru-baru ini telah melancarkan “Penulisan Wasiat Dalam Talian” (Wills Online), sekali gus menjadikannya bank pertama di dalam negara yang menawarkan perkhidmatan penulisan wasiat konvensional dan Islam secara dalam talian.
Perkhidmatan itu boleh diperolehi menerusi CIMB Clicks.
CIMB Group Holdings Bhd dalam satu kenyataan hari ini berkata, “Wills Online” membolehkan kesemua jenis aset diagihkan kepada bilangan penerima tanpa had menurut keutamaan pewasiat.
"Menerusi “Wills Online”, pengguna dengan mudah boleh melakarkan wasiat rasmi tanpa perlu mengupah penulis wasiat, dan mereka boleh membuat peruntukan untuk orang-orang kesayangan mereka pada bila-bila masa dan di mana jua,” kata ketua perkhidmatan kewangan runcit CIMB Bank, Peter England.
Perkhidmatan ini juga boleh diperolehi dalam bentuk contoh menurut Wasiat Islam, yang membolehkan orang-orang Islam mengagihkan sehingga satu pertiga daripada aset mereka kepada penerima, yang tidak diliputi di bawah undang-undang Faraid Islam.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi 1-300-880-900, atau lawati mana-mana cawangan CIMB Bank dan CIMB Islamic atau log ke www.cimbbank.com.my dan cimbislamic.com. – Bernama

0 comments/pendapat:

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...