Indah Water Konsortium (IWK), syarikat pembetungan nasional, dijangka akan
diswastakan dalam waktu terdekat dan bakal diambil alih oleh sebuah syarikat
agensi pelaburan strategik 1MDB, demikian menurut sumber-sumber Kementerian
Kewangan.
Kira-kira 11 tahun lalu kerajaan terpaksa menyelamatkan
syarikat itu selepas syarikat terdahulu berhadapan dengan masalah
kewangan.
Sumber-sumber memberitahu The Malaysian Insider, konsortium
diketuai oleh 1MDB itu turut membabitkan penyertaan Puncak Niaga dan langkah itu
dikatakan telah menerima lampu hijau oleh Majlis Ekonomi yang dipengerusikan
oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun difahamkan bahawa Kementerian Kewangan sedang
meneliti secara mendalam usaha tersebut ekoran soal kebimbangan dan
kebolehlaksanaan bahawa kerajaan kemungkinan terpaksa berhadapan dengan situasi
menyelamatkan syarikat tersebut jika ia gagal sekali lagi.
IWK kini
merupakan syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan
Diperbadankan.
Pada 1994, kerajaan pusat telah menganugerahkan konsesi
kepada syarikat untuk mengambil alih perkhidmatan pembetungan seluruh
negara.
Sejak itu, IWK telah mengambil alih perkhidmatan pembetungan
daripada semua pihak berkuasa tempatan kecuali Kelantan, Sabah, Sarawak dan
Majlis Perbandaran Johor Baru.
Di bawah cadangan itu, konsortium 1MDB
akan memperoleh IWK dengan bayaran RM1 dan mengambil alih kesemua hutangnya
termasuk pinjaman lebih RM1.5 bilion yang ia perlu selesaikan kepada Kementerian
Kewangan.
Konsortium itu mahukan konsesi selama 60 tahun.
Ia juga
mempunyai rancangan untuk mengaitkan caj-caj pembetungan dengan bil
air.
Rancangan itu boleh mencetuskan kontroversi pusingan baru ekoran
kurangnya ketelusan berkaitan perundingan itu, dengan pengguna bimbang mengenai
perjanjian membabitkan IWK.
Sejak dari hari pertama, IWK berhadapan
dengan masalah menyakinkan rakyat yang skeptikal untuk membayar bil berasingan,
yang sebelum itu diselesaikan bersama bil air.
Pada 2000, pentadbiran Tun
Dr Mahathir Mohamad membayar hampir RM200 juta untuk memiliknegarakan IWK demi
menjaga kepentingan awam dan mengelakkan gangguan perkhidmatan.
Langkah
itu diambil untuk menangani masalah hutang syarikat tersebut ketika itu
dianggarkan RM700 juta.
Malah, rancangan baru kerajaan pentadbiran Najib
ini dilihat kemungkinan mencetuskan kritikan yang sama sebab membabitkan 1MDB
dan Puncak Niaga, sebuah syarikat yang berhubung kait secara politik dengan
Putrajaya.
Top Posts
-
Cara jernih lampu dan buat Smoke Lamp sekaligus. Salam semua... hari ni aku nak kongsi satu cerita yang buat julung-julung kalinya di pame...
-
Berikut adalah pekeliling baru untuk pengubahsuaian kenderaan persendirian SURAT PEKELILING BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF Bilangan 1 T...
-
Hundreds of Indonesian Islamists rallied in central Jakarta to demand the stoning to death and public caning of celebrities who allegedly ap...
-
PROTON JEBAT 2012 with MITSUBISHI MIVEC TURBO engine. PROTON And MITSUBISHI Motors To Pursue Broad Ranging Strategic Collaboration S...
-
nissan cefiro a31 rb20det My turbo car project is completed successfully, with new white paint, new bumper,new body kit. rb20det eng...
-
Pada pendapat aku sudah tentu ramai yg sudah tahu bagaimana untuk menukar had pengeluaran tunai di bank, dan mungkin juga ada yang masih tid...
-
Latest H onda Civic 2012-fuel economy , sporty performance, smart packaging, alternative fuels and long-term value.... POWER OF ...
-
Salam dan selamat hari-hari buat semua yang tak jemu-jemu berkunjung,dikunjung,mengunjung,pengunjung dan terkunjung kesini... Dipendekkan ...
-
NEONODE N2 PHONE MADE IN MALAYSIA. The most recent developments in mobile phone technology is the new popularity of the touch screen. N...
-
Peringatan buat ahli kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP). #KWSP mengumumkan terdapat aplikasi perisian mudah alih haram oleh pihak ketig...
0 comments/pendapat:
Catat Ulasan