Beli Quran yang diluluskan KDN

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN, Abd. Aziz Md. Nor berkata, konsep hologram pada al-Quran itu diperkenalkan sejak 1 Ogos lepas yang dilengkapi beberapa ciri keselamatan berteknologi tinggi termasuk nombor siri untuk rujukan.
Umat Islam dinasihatkan membeli al-Quran yang mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu yang berpelekat hologram bagi memastikan tiada sebarang kesilapan.

"Semasa memilih al-Quran, bungkusannya cantik. Tetapi kita tidak tahu betul ke tidak betul. Jadi apabila dilulus KDN dan ada hologram, sah ia dilulus KDN.
Jika ada masalah berbangkit, kita akan tengok nombor siri pada hologram.

"Banyak al-Quran di pasaran itu benar (sama ada yang diterbitkan di dalam atau luar negara), tetapi dipasarkan tanpa kebenaran KDN. Kita takut jadi isu lain pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Menurutnya semua teks al-Quran yang ingin dicetak, diterbit dan dijual perlu mendapat Perakuan Betul Pruf Akhir Teks Al-Quran dari Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran KDN terlebih dahulu. - Bernama

0 comments/pendapat:

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...