Skim Persaraan Swasta:Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, buat masa ini, SC sedang giat menyediakan rangka kerja skim itu termasuk meminda Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, menggubal garis panduan berkaitan dan mengadakan perbincangan dengan pihak terlibat.
Skim Persaraan Swasta itu dijangka dapat dilancarkan pada akhir tahun ini dengan kerjasama Suruhanjaya Sekuriti (SC).Katanya, pelaksanaan skim itu kelak berupaya menambah baik taraf hidup rakyat Malaysia setelah bersara iaitu melalui penyimpanan dana tambahan secara sukarela.

“Ia dilaksanakan dengan memperluaskan penawaran produk persaraan di pasaran sebagai tambahan kepada simpanan persaraan wajib melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),” katanya ketika menjawab soalan Senator Ahmad Hussin pada persidangan Dewan Negara hari ini.
Ahmad bertanyakan tentang tahap persediaan kerajaan sebelum melancarkan skim itu serta kelebihannya kepada golongan pekerja.
Donald Lim menambah, skim itu juga memberikan pilihan kepada individu yang tidak mencarum dalam KWSP bagi menjamin keperluan hari tua.
-utusan

0 comments/pendapat:

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...