DAP minta kerajaan Kedah tarik balik larangan operasi kepada 13 jenis pusat hiburan sepanjang
bulan Ramadan,kepala DAP Karpal Singh kata, kerajaan negeri tak boleh buat keputusan yang beri kesan pada lain-lain parti komponen dalam PAKATAN.
"DAP sedar mengenai keperluan pelbagai komuniti berbeza dalam negara
dan akan berjuang untuk hak mereka, sebagaimana yang dilaksanakannya
sejak dahulu, lama sebelum pilihan raya pada 2008 lagi,"
Beliau berkata, DAP tidak akan mengenepikan prinsip-prinsip
perjuangannya dan menentang hasrat Pas menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara Islam.
"DAP memberi jaminan kepada penduduk di Kedah, segala langkah akan
diambil bagi memaksa kerajaan negeri menarik balik keputusan itu.
Pakatan Rakyat tidak boleh mempunyai dasar-dasar yang menyisih
penyokongnya. Sebarang keputusan kerajaan negeri tidak seharusnya
menjejaskan kaum bukan Muslim.
"Sebarang undang-undang kecil yang mendiskriminasi kaum bukan Muslim adalah bertentangan dengan perlembagaan," katanya.
Dalam pada itu pergerakan Pemuda
Gerakan Kedah akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya dalam masa seminggu kerajaan Kedah tidak membatalkan larangan
itu kerana dikatakan tidak memberi pengecualian kepada kaum bukan Muslim.
— bernama
0 comments/pendapat:
Catat Ulasan