Polis Berjaya Bebas Tebusan Tadika

Kejadian kanak-kanak yang dijadikan tebusan di tadika sungai abong hari ni berakhir dengan suspek di tembak oleh pihak polis,suspek dikatakan cedera parah terkena tembakkan dan kini dirawat di hospital.

"Polis terpaksa melepaskan tembakan pada pukul 3.41 petang dan menyerbu masuk tadika yang menjadi lokasi empat guru dan 30 kanak-kanak di Taman Sungai Abong, di sini yang ditahan sebagai tebusan oleh seorang lelaki yang bersenjatakan parang".

Laporan awal mengatakan semua tebusan selamat dibebaskan manakala suspek cedera parah dan dibawa keluar dengan ambulans.

Lelaki berkenaan dipercayai menceroboh pusat jagaan tersebut pada pukul 9.30 pagi dan difahamkan seorang kanak-kanak telah dicederakan.

Laporan Bernama sebelum ini menyebut, seorang pakar psikologi dikenali Dr. Lau Keen Lee dikatakan telah berusaha menenangkan lelaki yang dipercayai pesakit mental itu dari luar banglo dua tingkat tersebut.

0 comments/pendapat:

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...