Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menambah senarai penyakit
kritikal di bawah Pengeluaran Kesihatan daripada 39 kepada 55 penyakit,
berkuat kuasa esok.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Azlan Zainol berkata, KWSP
mengambil inisiatif memperluaskan senarai penyakit kritikal bagi
membantu mengurangkan beban kewangan anggota dalam mendapatkan rawatan
yang diperlukan dengan segera.
"Faedah pengeluaran kesihatan yang dikaji semula ini meliputi
tambahan 16 jenis penyakit termasuk penyakit pulmonari obstruktif kronik
teruk (COPD), fibrosis paru-paru, penyakit radang usus kronik,
sklerosis sistemik dengan hipertensi pulmonari, AIDS dan tiga jenis
penyakit mental yang jika tidak dirawat, akan memudaratkan pesakit,”
katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kali terakhir KWSP memperluas senarai itu ialah pada 15 Jun 2010 iaitu daripada 13 ke 39 penyakit.
Azlan berkata, pengeluaran bagi pembelian bantuan kesihatan kini
dibenarkan bagi pesakit kanser, kardiovaskular, sistem respiratori,
sistem saraf, sistem muskuloskeletal dan telinga.
Beliau berkata, bagaimanapun, rawatan kesuburan dan alternatif tidak layak melakukan di bawah skim pengeluaran kesihatan.
"Ia juga tidak layak jika kos rawatan perubatan dibiayai sepenuhnya
oleh majikan anggota atau majikan keluarga anggota,” katanya.
Untuk keterangan lanjut, Azlan berkata anggota boleh melayari laman
web myEPF di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Pusat Panggilan KWSP di
03-89226000.
Mereka juga boleh mengunjungi cawangan KWSP berdekatan bagi
mendapatkan senarai penyakit terkini yang diluluskan, dan senarai
peralatan bantuan kesihatan, serta maklumat lanjut mengenai cara
permohonan pengeluaran KWSP bagi membiayai rawatan. - Bernama
Top Posts
-
Cara jernih lampu dan buat Smoke Lamp sekaligus. Salam semua... hari ni aku nak kongsi satu cerita yang buat julung-julung kalinya di pame...
-
Berikut adalah pekeliling baru untuk pengubahsuaian kenderaan persendirian SURAT PEKELILING BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF Bilangan 1 T...
-
Hundreds of Indonesian Islamists rallied in central Jakarta to demand the stoning to death and public caning of celebrities who allegedly ap...
-
PROTON JEBAT 2012 with MITSUBISHI MIVEC TURBO engine. PROTON And MITSUBISHI Motors To Pursue Broad Ranging Strategic Collaboration S...
-
nissan cefiro a31 rb20det My turbo car project is completed successfully, with new white paint, new bumper,new body kit. rb20det eng...
-
Pada pendapat aku sudah tentu ramai yg sudah tahu bagaimana untuk menukar had pengeluaran tunai di bank, dan mungkin juga ada yang masih tid...
-
Latest H onda Civic 2012-fuel economy , sporty performance, smart packaging, alternative fuels and long-term value.... POWER OF ...
-
Salam dan selamat hari-hari buat semua yang tak jemu-jemu berkunjung,dikunjung,mengunjung,pengunjung dan terkunjung kesini... Dipendekkan ...
-
NEONODE N2 PHONE MADE IN MALAYSIA. The most recent developments in mobile phone technology is the new popularity of the touch screen. N...
-
Peringatan buat ahli kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP). #KWSP mengumumkan terdapat aplikasi perisian mudah alih haram oleh pihak ketig...
0 comments/pendapat:
Catat Ulasan