Perlukah Tenaga Nuklear Di Malaysia?

Melihat risiko pencemaran tenaga nuklear di jepun pastinya ramai yang mula bimbang akan kesan pencemaran radiasi ke atas malaysia,meskipun kerajaan telah mengeluarkan kenyataan bahawa pencemaran radiasi takkan sampai ke malaysia dan mengawasi kadar pencemaran namun tetap menimbulkan kebimbangan rakyat.

Kebimbangan itu ditambah lagi dengan cadangan kerajaan membina loji nuklear di negara ini,walau ia di peringkat cadangan ternyata ia menimbulkan keresahan rakyat malaysia,seperti yang kita semua tahu bahaya pencemaran radiasi nuklear amat berbaya untuk semua makhluk..

Walau tujuannya untuk kebaikan yaitu menjana tenaga eletrik,pensejataan,sains dan sebagainya,namun lebih banyak keburukanya dari kebaikan,memiliki teknologi nuklear bukanlah merupakan satu kebanggaan sebaliknya lebih pada bebanan(menjaga keselamatan loji&merawat sisa).


Ia juga adalah sasaran utama musuh sekiranya berlaku peperangan dan sebagainya,musuh tak perlu untuk hantar 100,000 bala tentera ke sini,cukup dengan hanya menggunakan 2 jet pejuang untuk memusnahkan loji nuklear seterusnya melumpuhkan sumber tenaga negara sekaligus merebaknya radiasi yang menjadi senjata pembunuh secara senyap pula,musuh jimat tenaga,jimat masa..mereka tak perlu musnahkan negara ini dengan senjata berat,hanya letupkan loji tersebut dan dengan sendirinya kita runtuh dengan apa yang kita sendiri bina.

Untuk menjana tenaga banyak lagi kaedah lain yang lebih sesuai dan selamat untuk digunakan,cadangan pembinaan loji nuklear di malaysia mendapat bantahan dan pandangan pelbagai pihak,dan langkah kerajaan mahu mengkaji semula cadangan pembinaan tu amatlah bertepatan dengan kehendak rakyat..

0 comments/pendapat:

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...