Kitab Al-Quran adalah ayat-ayat dalam bahasa Arab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam bentuk wahyu sekitar Mekah dan Madinah dan dilindungi Allah SWT sehingga ke akhir zaman. Al-Quran tidak mempunyai versi kerana ia hanyalah satu, sebuah kitab sahaja. Al-Quran adalah kata-kata (firman) dari Allah SWT.
Terjemahan adalah pemilihan kata-kata oleh manusia berdasarkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca. Iaitu menukar dari bahasa Arab kepada bahasa lain dengan tujuan untuk menghayati dan memahami isi kandungan Al-Quran. Adalah diingatkan bahawa terjemahan bukan kitab Al-Quran yang sebenar.
Tafsir pula adalah penerangan dan menyingkap sesuatu, menjelaskan sesuatu atau menyingkap sesuatu rahsia. Iaitu ilmu yang mengkaji mengenai maksud dan lafaz ayat di dalam Al-Quran, hukum-hakam serta pengajaran dan manfaat dari Al-Quran. Ia juga bermaksud ilmu untuk memahami kitab Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW serta menjelaskan maknanya dan mengeluarkan hukum-hakam dan pengajaran. Penafsiran Al-Quran tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya dan ia memerlukan Ilmu Tafsir.
Berikut disenaraikan terjemahan Al-Quran ke dalam bahasa Malaysia (Melayu) yang lengkap (merangkumi 114 Surah dan 6666 Ayat).
Link: http://sinar.cikedis.
0 comments/pendapat:
Catat Ulasan