Proton tawar kereta hibrid bawah RM100,000

Proton Holdings Bhd. meninjau untuk menawarkan kereta hibrid pertamanya pada harga kompetitif di bawah RM100,000, kata Penasihatnya Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini.

Dijangka dilancarkan secara komersial tahun depan, Proton dikatakan membangunkan enjin hibrid serta enjin elektrik dengan syarikat British Frazer-Nash Research, LG dari Korea Selatan dan anak syarikatnya yang berpangkalan di Britain, Lotus.

Dr. Mahathir yang merupakan bekas Perdana Menteri berkata, pembangunan kereta hibrid merupakan sebahagian daripada inisiatif Proton untuk beralih kepada teknologi hijau.

"Kami kini menghentikan reka bentuk dan dalam proses menambah baik prestasi kereta. Kami akan membuat pengumuman tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kereta edisi ulang tahun ke-25 Proton kepada sembilan pembeli pertama di sini.

"Harga kereta hibrid akan tinggi sedikit berbanding kereta biasa kerana bateri amat mahal. Bagi pengeluar kereta terkenal, kereta hibrid, akan tiga kali lebih tinggi daripada kereta biasa.
"Kereta kita, saya rasa di bawah RM100,000,” kata beliau. - Bernama

0 comments/pendapat:

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...