Jumlah Pemilik Akaun Facebook Di Malaysia 7.5juta

Rakyat Malaysia merupakan antara pengguna aplikasi rangkaian sosial Facebook, Friendster dan Twitter yang tertinggi di dunia.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, dianggarkan terdapat 7.5 juta pemilik akaun Facebook di Malaysia kini.

“Ini adalah potensi rakyat yang harus digunakan oleh industri dalam bidang ini untuk memajukan negara khususnya menerusi kandungan mudah alih.

“Terdapat fakta yang menunjukkan bahawa kewujudan Facebook, Twitter, inovasi platform Android, aplikasi dalam talian dan mudah alih telah mengubah landskap komunikasi, pemikiran manusia dan melahirkan jutawan baru di Amerika Syarikat,” katanya.


Oleh SHAWKATH AZDE

2 comments/pendapat:

babyblogger berkata...|Reply This Comment|

cepat betul berkembang, aku mula join facebook thn 2006.. masa tu cuma 150000 je org malaysia guna

tam berkata...|Reply This Comment|

ye la,berkali ganda peningkatan,,sampaikan makcik yang jual nasik lemak pun tahu facebook ni..

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...