source: funtasticko design
Info dan gambar terkini Proton Waja Lancer dari Lowyat.net . Menurut sumber yang mengambil gambar model terkini kereta proton waja ini di Genting Hihglands, Model terkini kereta proton tersebut sedang dalam fasa ujian terakhir sebelum dilancarkan.
Antara info yang didapati ialah model terbaru proton waja ini ada 2 versi, 1.8 (merah) & 2.0 (putih) seperti gambar di atas.
Versi 2.0 dilengkapi paddle shifter & auto cruise, Untuk versi model ini Proton mengadaptasinya dari model Lancer EX & tune semula suspension & sedikit perubahan kosmetik, enjin sama.Dilengkapi dengan Rim 16,material interior semuanya sama dengan lancer EX yang asal.
Info paling menarik ialah tentang versi R3 yang sedang dibangunkan. Model itu menurutnya ditangguhkan pelancarannya ke bulan Disember kerana mereka tidak mahu bakal pembeli mengalami masalah nanti. Harga dikhabarkan sekitar RM60-70k untuk versi 1.8 dan RM80-90k untuk versi 2.0
0 comments/pendapat:
Catat Ulasan