anwar dakwa isu malaysia-indonesia selesai jika beliau jadi perdana menteri

"Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengunjungi Indonesia hari ini mendakwa pertikaian dan masalah Malaysia-Indonesia boleh diselesaikan segera jika beliau menjadi Perdana Menteri."

"beliau tidak hadir pada sidang Dewan Rakyat di Malaysia, sebaliknya sibuk mengadakan pertemuan dengan ahli Parlimen Indonesia. "
    Kesian betul aku dengan pemimpin yang sorang ni,tak selesai lagi pelbagai isu peribadi dan masaalah parti sendiri termasuk la isu dia meliwat pembantu peribadi,isu lain pula dibuatnya, ibarat menanguk di air yang keruh,ditengah-tengah hubungan malaysia-indonesia yang kurang baik,dia ni pula menyelit ditengah isu ini untuk menjadi hero demokrasi kononya, sidang dewan rakyat malaysia yang jadi tanggungjawab dia untuk menghadirinya,
tapi dia tak hadir,sebaliknya sibuk gi ke indonesia jumpa ahli parlimen indonesia pula untuk menjadi hero,
"Anwar juga dengan angkuh mendakwa beliau lebih memahami sistem pemerintah di Indonesia kerana mendukung demokrasi, berbanding pihak pemerintah Malaysia."
 Apa agenda dia kali ni pula tak tahu la kan,tapi seperti selalu la kan beliau ni terkenal dengan juara memburukkan nama negara sendiri pada negara luar..
"Kepada Utusan Malaysia saya ingin nasihat, Indonesia itu tidak semuanya tenaga kerja (TKI), tidak semua kongsi, tidak semua reformasi huru-hara, akhbar di sini beri liputan lebih adil, reformasi sangat bererti untuk mematangkan demokrasi, pertumbuhan ekonomi Indonesia jauh lebih baik daripada Malaysia dan pelaburan Indonesia juga jauh lebih baik," kata Anwar yang sering menggambarkan bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri pada bila-bila masa sahaja.
 ha ha...kan aku dah kata,bukan aku cakap ni,tapi tuan mulia anwar ibrahim yang bagi kenyataan di atas,kekadang rasa cam lawak ja tuan anwar ni,perangai cam bebudak,tak dapat apa yang dihajati,dia mula la burukkan org lain..
tapi tabik juga la kat tuan anwar ni bb dia sanggup guna apa2 cara sekalipun dalam mengejar cita-cita untuk menjadi PERDANA MENTERI...

0 comments/pendapat:

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...