ahli keluarga dan sahabat handai mula menziarahi rumah datuk sosilawati lawiya di taman harmonis,gombak,kuala lumpur.antara yang menziarahi keluarga sosilawati termasuk Menteri di Jabatan Perdana ,Datuk T.murugiah dan timbalanya Datuk Dr. Mashitah.
salah seorang suspek pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dibawa ke sebuah jambatan di sungai Kachong untuk mencari bukti yang di buang ke sungai tersebut,di tanjung sepat,banting.Gerakan mencari bahan bukti tersebut melibatkan polis marin dan pasukan lain.
SUZANA Radim Pangat,isteri kepada Noorhisham Mohamad,pegawai CIMB bank yang turut menjadi mangsa bunuh dan bakar bersama jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan dua yang lain tidak dapat menahan kesedihan mengenang kematian suaminya yang begitu tragik ketika ditemui di rumahnya di taman Seraya,Ampang.
ANGGOTA polis forensik mengasing kan serpihan tulang yang ditemui di dalam sungai kan chong laut,dimana suspek dikatakan membuang abu mayat Datuk Sosilawati dan tiga yang lain selepas membunuh dan membakar mereka di sebuah ladang ternakan ayam,di ladang gadong,tanjung sepat,Banting,Selangor.
IZRAN Akmal ditenangkan ibunya,Nor Fazilah AB Sani sambil diperhatikan oleh kakaknya,Balqis Diyana selepas mendengar berita kematian bapanya,Kamarudin Shamsudin yang juga pemandu peribadi Datuk Sosilawati Lawiya,ketika ditemui di rumahnya di Kampung pilin,pedas,Negeri Sembilan.
LELAKI dipercayai suspek utama bersama beberapa lagi suspek yang dikatakan mempunyai kaitan dengan pembunuhan jutawan kosmetik,Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga yang lain,dibawa keluar dari balai polis bukit jalil,di Kuala Lumpur
ANAK sulong dari suami pertama Datuk Sosilawati Lawiya,Erni Dekritawati Yuliana Buhari bercakap kepada media berhubung perkembangan terbaru kehilangan ibunya,di gombak,Kuala Lumpur, Sosilawati dan tiga yang lain dipercayai dibunuh dan mayat mereka dibakar manakala abu mayat mereka di buang ke sungai.
polis nafi mangsa disembelih.
Siasatan polis setakat ini mendapati tiada maklumat menunjukkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi individu telah disembelih.
Sehubungan itu, polis menafikan laporan dua akhbar yang memetik sumber kononnya keempat-empat mangsa disembelih dengan senjata tajam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa sehubungan itu berharap pihak media menghentikan laporan berbentuk spekulasi kerana ia boleh mengganggu siasatan kes tersebut.
“Saya tidak tahu daripada sumber mana mereka (akhbar terbabit) dapat maklumat mangsa disembelih sedangkan pihak polis masih menjalankan siasatan.
“Setakat ini, siasatan kita menunjukkan tiada maklumat menyatakan mangsa disembelih,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan dua akhbar hari ini yang menyatakan hasil siasatan polis tidak menolak kemungkinan Sosilawati dan tiga lelaki yang dilaporkan hilang bersamanya telah disembelih menggunakan senjata tajam.
Akhbar terbabit yang memetik sumber menyebut, berdasarkan siasatan, mangsa dikelar di leher sebelum dibakar oleh kumpulan penjenayah terbabit hingga menjadi debu.
Menurut Khairi, pihaknya masih berusaha mengumpul segala bahan bukti dengan bantuan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kimia dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
“Jadi, saya harap pihak media menghentikan segala laporan berbentuk spekulasi kerana siasatan masih berjalan.
“Tolong jangan ganggu proses siasatan ini dengan berita sensasi memandangkan kes terbabit belum dibawa ke mahkamah kerana semua keterangan yang diperoleh semasa siasatan akan dikemukakan sebagai bukti semasa pendakwaan nanti.
“Kita tidak mahu selepas bertungkus-lumus mengumpul bahan-bahan bukti dan menyiapkan kertas siasatan namun tiba-tiba timbul masalah untuk mendakwa mangsa disebabkan fakta-fakta sensasi yang disiarkan oleh media,” katanya kepada utusan.
Top Posts
-
Cara jernih lampu dan buat Smoke Lamp sekaligus. Salam semua... hari ni aku nak kongsi satu cerita yang buat julung-julung kalinya di pame...
-
Berikut adalah pekeliling baru untuk pengubahsuaian kenderaan persendirian SURAT PEKELILING BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF Bilangan 1 T...
-
Hundreds of Indonesian Islamists rallied in central Jakarta to demand the stoning to death and public caning of celebrities who allegedly ap...
-
PROTON JEBAT 2012 with MITSUBISHI MIVEC TURBO engine. PROTON And MITSUBISHI Motors To Pursue Broad Ranging Strategic Collaboration S...
-
nissan cefiro a31 rb20det My turbo car project is completed successfully, with new white paint, new bumper,new body kit. rb20det eng...
-
Pada pendapat aku sudah tentu ramai yg sudah tahu bagaimana untuk menukar had pengeluaran tunai di bank, dan mungkin juga ada yang masih tid...
-
Latest H onda Civic 2012-fuel economy , sporty performance, smart packaging, alternative fuels and long-term value.... POWER OF ...
-
Salam dan selamat hari-hari buat semua yang tak jemu-jemu berkunjung,dikunjung,mengunjung,pengunjung dan terkunjung kesini... Dipendekkan ...
-
NEONODE N2 PHONE MADE IN MALAYSIA. The most recent developments in mobile phone technology is the new popularity of the touch screen. N...
-
Peringatan buat ahli kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP). #KWSP mengumumkan terdapat aplikasi perisian mudah alih haram oleh pihak ketig...
0 comments/pendapat:
Catat Ulasan