Ubah had pengeluaran tunai bank

Pada pendapat aku sudah tentu ramai yg sudah tahu bagaimana untuk menukar had pengeluaran tunai di bank, dan mungkin juga ada yang masih tidak tahu cara dan proses ni kan!, pengeluaran tunai melalui mesin dihadkan oleh jenis bank-bank yang berbeza, contohnya had pengeluaran kat CIMBbank biasanya ialah RM3000, manakala Maybank pula adalah RM1000.
Tetapi bagi pengguna yang mahu jumlah had pengeluaran tunai yang lebih tinggi,proses tersebut boleh dibuat melalui ATM dan di sini aku kongsikan tips, bagaimana untuk mengubah had pengeluaran tunai melalui mesin ATM.

1 masukkan kad bank anda ke mesin ATM
2 pilih bahasa yang ingin digunakan
3 memasukkan PIN anda
4 pilih perkhidmatan lain-lain @ others
5 pilih butang penukaran had pengeluaran
6 masukkan had baru (tidak lebih melebihi RM5000)
7 masukkan nombor kad pengenalan untuk pengesahan.

Selepas selesai proses tersebut, kini dah boleh membuat pengeluaran tunai dengan jumlah yang lebih tinggi daripada yang asal, namun bagi pengeluaran yang melebihi rm5000 kita terpaksa menggunakan kaedah lain lah ye..

CUEPACS tuntut lagi..

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan mengemukakan empat tuntutan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menjamin kebajikan pekerja di tujuh badan berkanun selepas mereka tamat perkhidmatan kelak.

Tuntutan tersebut ialah mewujudkan Skim Dana Pencen dan memanjangkan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) yang diperoleh sektor awam selama ini kepada tujuh agensi berkenaan selain meminta kerajaan membayar sagu hati tamat perkhidmatan kepada pekerja sektor tersebut.
sumber-kosmo
Harapnya datok-datok sekalian tumpu pada sektor2 lain sama ye.

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...