Info Palsu



Pejabat Perdana Menteri menafikan kesahihan gambar yang memaparkan kononnya satu kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penutupan sekolah akibat jerebu.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan di akaun Facebook, PMO Malaysia, berkata kenyataan itu adalah palsu dan tidak ada apa-apa arahan berkaitan penutupan sekolah akibat jerebu yang dikeluarkan oleh perdana menteri baru-baru ini menerusi laman Twitter beliau.

Semua pihak perlu menghentikan penyebaran imej ini. Ini adalah perbuatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan siasatan asal usul pertama imej ini akan dilakukan serta merta oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia.


"Tindakan juga akan diambil terhadap mereka yang melanggar undang-undang Malaysia," kata PMO.

Kenyataan palsu menerusi Twitter yang dicatatkan pada 12.03 pagi, 26 Sept itu memetik perdana menteri sebagai berkata "Saya memohon Kementerian Pendidikan menutup semua sekolah seluruh Malaysia pada hari Isnin dan Selasa berikutan jerebu".

-- BERNAMA

Harga Minyak 1 Oktober

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi Oktober 2015 naik 10 sen seliter berkuat kuasa esok 1 Oktober.

Menurut sumber pengusaha stesen minyak, dengan itu, harga baharu RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 (RM2.45 seliter) manakala diesel (RM1.90 seliter).

“Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Oktober
Sumber-utusan online

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...