Sebuah filem yang mengangkat Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero berjudul The New Village bakal ditayangkan di pawagam tanah air mulai 23 Ogos nanti iaitu di bulan kemerdekaan negara.
Perkara itu didedahkan sebuah blog, http://mymassa.blogspot.com selepas tayangan trailer filem tersebut yang menceritakan kisah masyarakat Cina di Kampung Baru mula tersebar sejak minggu ini.
Blog itu seterusnya mempersoalkan bagaimana filem yang mengangkat perjuangan komunis itu boleh ditayangkan apatah lagi di bulan kemerdekaan sedangkan filem Tanda Putera terpaksa ditangguh penayangan beberapa kali.
Menurut mymassa, sepatutnya semua pihak yang terlibat dalam penghasilan filem berkenaan termasuk penerbit bersama, Astro Shaw sensitif terhadap penderitaan mangsa kekejaman komunis terutamanya bekas perajurit.
Sehubungan itu blog berkenaan mendesak Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Penerangan mengambil tindakan sewajarnya jika benar filem tersebut mengagungkan komunis seperti dalam tayangan trailer.
"Apa nak jadi dengan negara ini. Filem macam ini pun akan ditayangkan ke? Tengok bertapa terhinanya filem sejarah negara seperti Tanda Putera yang terpaksa ditangguh beberapa kali akibat desakan bukan Melayu.
"Namun filem The New Village ini begitu mudah pula mendapat hak tayangan dan apa yang lebih malang bila ia bakal ditayangkan pada bulan kemerdekaan negara," jelas blog tersebut sebagaimana dipetik hari ini.
Sebelum ini filem Tanda Putera yang mengisahkan persahabatan dan perjuangan Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dalam mendepani tragedi 13 Mei 1969 tiga kali ditunda.
filem The New Village yang dilihat seolah-olah, cuba menghidupkan gerakan komunis di negara ini,ideologi komunis telah mati di negara ini. Kenapa filem ini dibenar ditayangkan kerana ia hanya akan memberi kesan psikologi kepada rakyat Malaysia untuk mendekati ideologi komunis,"
LPF meluluskan penayangan filem tersebut kerana ahli panel penapis merasakan bahawa babak yang terdapat di dalam filem tersebut mengandungi aksi yang tidak keterlaluan dan perlu dikekalkan untuk menjaga kesinambungan jalan cerita.
(kenyataan BANGANG dari LPF).
Filem ni bukan hangat disebabkan kehebatan filem, tetapi kontroversi yang mengangkat pengganas komunis sebagai hero.
Apa tidaknya sebelum ini filem yang sengaja dikontroversikan oleh pihak tertentu, Tanda Putera arahan Suhaimi Baba ditunda tiga kali gara-gara tentangan pihak yang belum menonton filem tersebut.
Filem Tanda Putera sengaja dianggap rasis walaupun ceritanya bergerak di atas fakta sejarah rusuhan kaum 13 Mei 1969. Ironinya pihak yang menganggap rasis ini sebenarnya belum menonton filem tersebut.
Tanda Putera yang dijangka ditayangkan pada September tahun lalu ditangguhkan tayangannya kepada bulan November tahun sama atas alasan tidak mahu menimbulkan kontroversi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Sebenarnya itu satu alasan yang tidak masuk akal dan pihak berwajib seperti Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (kini Kementerian Komunikasi dan Multimedia) langsung tidak mempertahankan Shuhaimi. Malah seolah mengiyakan tuduhan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Akhirnya Tanda Putera yang lama diperam ditayangkan pada 29 Ogos ini. Tetapi kalau ada kontroversi lagi, boleh jadi ditunda lagi.
Kurang enakTanda Putera mendapat tentangan serta serangan daripada pihak yang kurang senang terhadap filem dikatakan lebih bersifat perkauman.
Tetapi tanpa kita sedar sebuah filem yang memaparkan tentang kaum Cina pada zaman darurat akan ditayangkan 22 Ogos ini, seminggu lebih awal daripada Tanda Putera.
The New Village terbitan Astro Shaw merupakan filem yang memaparkan kisah yang berlaku pada 1949 ketika Tanah Melayu diisytihar darurat. Difahamkan filem ini cuba memaparkan Parti Komunis Malays dan dan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) sebagai pejuang kemerdekaan.
Filem arahan Wong Kew Lit ini jika dilihat daripada barisan pelakonnya langsung tiada membabitkan pelakon Melayu ataupun India. Tetapi pihak yang banyak menghentam Tanda Putera tidak pula menganggap The New Village filem rasis kerana hanya menonjolkan Cina sebagai pejuang kemerdekaan.
Ini membuktikan kontroversi ke atas Tanda Putera suatu yang sengaja diada-adakan untuk menutup fakta sejarah tentang penglibatan kaum tertentu dalam peristiwa 13 Mei 1969.
Kenapa pula Finas yang menjaga jadual tayangan filem tidak menunda filem ini? Ironinya filem ini tidak menghadapi masalah seperti Tanda Putera. Adakah Finas bersikap duoble standard antara Tanda Putera dan The New Village?
Lagi "hebat" apabila The New Village mendahului tayangan Tanda Putera sedangkan rasanya filem itu baru sahaja disiapkan. Kita menunggu jawapan dari Finas kenapa perkara ini boleh berlaku. Adakah Finas hanya menjadi kambing hitam dalam kontroversi Tanda Putera?
The New Village memaparkan tindakan British ke atas orang Cina pada zaman darurat. Watak utama filem ini adalah anggota MPAJA yang mempunyai pertalian dengan Parti Komunis Malaya (PKM) dan dia adalah wira.
Persoalannya di sini benarkah MPAJA sebuah pertubuhan yang membawa doktrin komunis yang memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu?Apakah benar MPAJA berjuang untuk kemerdekaan Tanah Melayu atau ada agenda lain di sebaliknya?
Menurut sejarah MPAJA ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942 hingga 1945. MPAJA ditubuh bagi melancarkan serangan gerila terhadap Jepun di Tanah Melayu.
Pada dasarnya MPAJA adalah sebuah gerakan bersenjata yang ditubuhkan bukan bertujuan untuk mempertahankan Tanah Melayu sebagai tanah air tetapi kerana sentimen anti Jepun yang tercetus sejak konflik China-Jepun dalam Perang Dunia Kedua.
PKM pula menggunakan kesempatan ini untuk menyatukan orang Cina dengan menubuhkan MPAJA bagi menentang Jepun. Peluang PKM terbuka apabila Kuomintang yang menjadi saingan mereka mulai lemah.
Jadi mengapa isu MPAJA diangkat dalam filem The New Village ini? Adakah mungkin terdapat agenda-agenda tersembunyi?
Paling malang, tiada pula pihak yang tampil membuat bising dan membantah filem ini atau tiada pula pihak berwajib menangguh dan mengadakan tayangan khas terhadap filem ini seperti yang berlaku kepada filem Tanda Putera.
sumber-utusan.
Top Posts
-
Cara jernih lampu dan buat Smoke Lamp sekaligus. Salam semua... hari ni aku nak kongsi satu cerita yang buat julung-julung kalinya di pame...
-
Berikut adalah pekeliling baru untuk pengubahsuaian kenderaan persendirian SURAT PEKELILING BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF Bilangan 1 T...
-
Hundreds of Indonesian Islamists rallied in central Jakarta to demand the stoning to death and public caning of celebrities who allegedly ap...
-
PROTON JEBAT 2012 with MITSUBISHI MIVEC TURBO engine. PROTON And MITSUBISHI Motors To Pursue Broad Ranging Strategic Collaboration S...
-
nissan cefiro a31 rb20det My turbo car project is completed successfully, with new white paint, new bumper,new body kit. rb20det eng...
-
Pada pendapat aku sudah tentu ramai yg sudah tahu bagaimana untuk menukar had pengeluaran tunai di bank, dan mungkin juga ada yang masih tid...
-
Latest H onda Civic 2012-fuel economy , sporty performance, smart packaging, alternative fuels and long-term value.... POWER OF ...
-
Salam dan selamat hari-hari buat semua yang tak jemu-jemu berkunjung,dikunjung,mengunjung,pengunjung dan terkunjung kesini... Dipendekkan ...
-
NEONODE N2 PHONE MADE IN MALAYSIA. The most recent developments in mobile phone technology is the new popularity of the touch screen. N...
-
Peringatan buat ahli kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP). #KWSP mengumumkan terdapat aplikasi perisian mudah alih haram oleh pihak ketig...
1 comments/pendapat:
ha ha,ayat dalm filem tu komunis kata "kita mesti berjuang untuk tanahair kita"(malaysia)... 'tanah' dan 'air' dan 'kita' dan 'komunis'... Berjuang dengan membunuh polis,askar melayu,kepala hotak punya cina...
Catat Ulasan