Facebook rasmi milik dua pasangan Alvin dan Vivian dilihat mempersenda kedatangan Ramadan dengan upload gambar hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut
teh (sup tulang babi)...wangi, enak dan menyelerakan'. Mereka turut meletakkan logo halal pada gambar tersebut.
Apa yang puak ni mahukan sebenarnya ni, kenapa sengaja mencetuskan kemarahan org islam dengan perbuatan babi-babi mereka, pada aku mereka ni bukanya berani sangat tapi dah kerana kerajaan kita hari ini kerajaan lemah maka terjadi la mcmni, tambahan lagi menteri-menteri serta pertubuhan islam semua sekadar mampu memberi "amaran" dan tak "berani" ambil tindakkan.. pertubuhan islam pula sekadar mampu buat laporan polis.
Pihak berkuasa pula kena tunggu beribu laporan polis yg dibuat baru la akan ambil tindakkan, itu pun sekadar panggil suspek beri keterangan,rakam percakapan dan kemudian "lepas"... skrip yang sama la sejak 2003(lepas zaman Dr M) .
Bloger-bloger yang perihatin pula terus mengecam perbuatan pasangan tersebut, seperti Blog MyKMU.net (http://www.mykmu.net) yang memaparkan
tajuk 'Hina, cemar sensitiviti umat Islam dianggap kelakar?' oleh
dukeofmontecristo menegaskan pasangan yang popular dengan panggilan
Alvin dan Vivian itu boleh dianggap layak dilucutkan kewarganegaraan
kerana mencetuskan kemarahan umat Islam.
"Terus terang saya katakan, sekiranya undang-undang membolehkan saya
memijak kepala Alvin dan Vivian, tentu sudah pecah kepala saya kerjakan.
Pada saya, mereka boleh bertelanjang dan mengadakan pertunjukan seks di
depan pintu masuk Universal Studio atau di patung kepala Singa di
Singapura.
"Tapi kalau sampai mempersenda kesucian bulan Ramadan, mencemar
hukum-hakam di dalam Islam dan tidak menghormati sensitiviti umat Islam
yang sedang berpuasa, pada saya perbuatan itu sudah cukup melampau dan
tidak wajar dimaafkan lagi,'' tegas blog berkenaan.
Menurut blog itu, kerajaan dengan apa jua akta, perkara atau petikan
Perlembagaan yang ada perlu melucutkan kewarganegaraan kedua-dua bekas
pelajar National University Singapore berkenaan serta-merta.
"Tiada kompromi dalam soal ini. Tiada amaran yang patut diberikan
pada mereka lagi dalam keadaan ini. Selain itu, Alvin dan Vivian dalam
apa jua keadaan sekalipun, wajar disekat dari cuba kembali atau masuk ke
Malaysia melalui apa cara sekalipun," tegasnya.
Sementara itu, blogger Gerakan Anti PKR (http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com)
yang turut mengulas isu sama melahirkan rasa sedih dengan
pemimpin-pemimpin Islam yang masih tidak mengambil tindakan terhadap
pasangan berkenaan.
"Sakit hati melihatkan kelakuan pimpinan Islam, lebih memikirkan
nasib politik daripada nasib Islam itu sendiri. Gambar terbabit adalah
kesinambungan daripada Namewee yang pernah mempersendakan azan Subuh.
"Di situlah bermula segala penghinaan kerana mereka tahu pimpinan Melayu semuanya tak berani (ambil tindakan),'' katanya.
Turut melancarkan 'perang' terhadap pasangan itu adalah blog MIK (http://medan-info-kita.blogspot.com) yang mengecam tindakan biadab pasangan berkenaan, dan blog Cucu Tok Selampit (khairulryezal.blogspot.com) melabel tindakan pasangan itu sebagai kurang ajar.
Aku yakin selepas ni akan ada banyak pertubuhan mengecam budak dua ekor babi ni, tapi seperti biasa la,kerajaan,menteri,pertubuhan islam,pihak berkuasa akan hanya beri amaran dan amaran,selepas tu beri amaran dan amaran,dan kemudianya amaran dan amaran lagi... sedangkan berok dua ekor tu senyum2 ja depan laptop kat rumah..
sumber-melalui bacaan/utusan/blogger.
Top Posts
-
Cara jernih lampu dan buat Smoke Lamp sekaligus. Salam semua... hari ni aku nak kongsi satu cerita yang buat julung-julung kalinya di pame...
-
Berikut adalah pekeliling baru untuk pengubahsuaian kenderaan persendirian SURAT PEKELILING BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF Bilangan 1 T...
-
Hundreds of Indonesian Islamists rallied in central Jakarta to demand the stoning to death and public caning of celebrities who allegedly ap...
-
PROTON JEBAT 2012 with MITSUBISHI MIVEC TURBO engine. PROTON And MITSUBISHI Motors To Pursue Broad Ranging Strategic Collaboration S...
-
nissan cefiro a31 rb20det My turbo car project is completed successfully, with new white paint, new bumper,new body kit. rb20det eng...
-
Pada pendapat aku sudah tentu ramai yg sudah tahu bagaimana untuk menukar had pengeluaran tunai di bank, dan mungkin juga ada yang masih tid...
-
Latest H onda Civic 2012-fuel economy , sporty performance, smart packaging, alternative fuels and long-term value.... POWER OF ...
-
Salam dan selamat hari-hari buat semua yang tak jemu-jemu berkunjung,dikunjung,mengunjung,pengunjung dan terkunjung kesini... Dipendekkan ...
-
NEONODE N2 PHONE MADE IN MALAYSIA. The most recent developments in mobile phone technology is the new popularity of the touch screen. N...
-
Peringatan buat ahli kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP). #KWSP mengumumkan terdapat aplikasi perisian mudah alih haram oleh pihak ketig...
0 comments/pendapat:
Catat Ulasan