Salam semua...
hari ni aku nak kongsi satu cerita yang buat julung-julung kalinya di pamerkan,cara bagaimana mengilatkan kembali headlight kereta yang pudar,kusam masai lagi kekuningan macam gambar headlight accord sv4 kat bawah ni:
Untuk melakukan kerja-kerja pengupgradetan ini perlulah ada peralatan di bawah ni:
1-------------------------------
hairdry@pengering rambut-tujuan alat ni adalah untuk mengembangkan/menanggalkan glue@gam yg melekat antara cermin lampu dan sangkarnya/hozing.
2-------------------------------
Rasa-rasa aku semua kenal kot dengan alat kat atas ni,kalau tak kenal takyah lakukan kerja ni ya.
3----------------------------------------
Kertas pasir-ukuran kehalusan mestilah 1000 dan 2000,jangan guna yang 3@500 nanti cermin tu jadi cam lepat pisang ye..
----------------------------------------------------------------------------------
Ok sesi membebel aku stopkan dulu,skrang mai kita mula,try,cuba buat:
aaaa kan dah terpisah antara dua darjat nih.
Pastikan tangan jangan pegang atau sentuh bulp lampu tu,
Seeloknya gunakan air semasa mengosok cermin tu dengan kertas pasir,mulakan dengan kertas yang 1000 dulu.kertas 2000 untuk bilasan yg terakhir.
Perbezaan antara cermin yg dah digosok dengan yg sebelumnya,nampak berbeza kan! kalau tak nampak itu tandanya korang pendek umur..
Kecerahan terselah selepas gosokkan pertama,segala kuning2 kat cermin tu dah hilang daaa.
Kemudian gosok pula dengan kertas 2000 tadi,supaya dapat hasil cermin yang lebih lincin lagi halusssss..
Gosokan aku yang kuat sampaikan kepala paip pun tercabut tuu hu hu..
Ini yalah cover lutsinar bgian dalam,aku cat hitam sebab nak kasi jadi smoke lamp,sila abaikan step mengecat ni kalau tak berminat,tepuk kepala tanya selera,keputusan di tangan anda.
Bila dah siap semua pasang semula cermin tu dan gunakan hairdry tu sekali lagi,ini bagi mengembangkan gam kat cover tu supaya bila kita pasang cermin tu semula takda ruang bocor (pastikan).. sebab kalau ada kebocoran masaalah le bila hujan nanti.Hasil yang dah siap dengan jayanya,lampu smoke dan cermin cerah bersinar.
Lampu yang dah siap untuk dipasang semula
Ke smokekanya terselah gah lagi segak bergaya.
Walaupun dah siap tapi masih nampak kurang menawan betul tak! untuk kilatkan permukaan cermin tu,sila gunakan polish kereta.
Gambar di atas ni ialah headlamp yang telah melalui proses akhir,setelah di tonyoh(gosok) dan akhir sekali dikilatkan dengan polish kereta,hasilnya cemerlang gemilang terbilang 1malaysia wawasan 2020..
Dan inilah hasilnya,lampu yang kuning malap tadi kini bertukar menjadi macho kembali, yang sebelah tu belum gosok lagi..
Lampu yang kusam sekarang bertukar jadi macam baru disamping bumper dc2 integra, dan untuk makluman semua,kalau kasi kedai buat proses ni kos upah dekat mencecah rm100,kalau buat sendiri,kos keseluruhan rm7.80 sen(tujuh renget lapan kupang)
Kalau rasa tips blog ni berguna untuk kawan lain,sila klik butang shared di bawah tu nuh,bleh kongsi dalam facebook,tweter etc..


















