Hampir 5,000 orang menadah tangan sambil
bermunajat dan berdoa dalam program Istighasah al-Kubra di Masjid Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini, bagi memohon umat Islam
bersatu-padu serta meninggalkan ketaksuban terhadap ideologi politik
masing-masing sehingga sanggup berpecah-belah.
Majlis tersebut bermula seawal pukul 4 pagi dengan acara qiamullail
iaitu para jemaah mendirikan solat sunat tahajud, solat sunat hajat,
solat sunat witir dan kemudiannya diikuti dengan solat subuh, tazkirah
dan bacaan zikir munajat beramai-ramai di pekarangan masjid sebelum ia
berakhir pada pukul 8 pagi.
Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Datuk Zainal Abidin Sakom
berkata, yayasan tersebut dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah
Malaysia (Yadim) dan 25 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berganding bahu
menganjurkan program Istighasah al-Kubra itu.
''Selepas gagal menyatukan umat Islam dengan cara pujuk rayu, timbul
inisiatif kita untuk berdoa kepada Allah supaya penyatuan dapat
dilaksana demi keamanan dan kesejahteraan rakyat negara ini," katanya
kepada pemberita selepas majlis tersebut di sini hari ini . utusan
semoga mendapat kebaikan yang banyak diatas usaha yang sedikit,kalau kita berpecah bukanlah salah pihak lain sebaliknya terpulang pada kita sendiri,tuhan kurniakan akal fikiran supaya kita dapat menilai baik buruk,namun hanya kerana menjadi penyokong parti2 tertentu menjadikan kita lupa,lalai serta alpa..
0 comments/pendapat:
Catat Ulasan