Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN, Abd.
Aziz Md. Nor berkata, konsep hologram pada al-Quran itu diperkenalkan
sejak 1 Ogos lepas yang dilengkapi beberapa ciri keselamatan
berteknologi tinggi termasuk nombor siri untuk rujukan.
Umat Islam dinasihatkan membeli al-Quran yang mendapat
kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu yang berpelekat hologram
bagi memastikan tiada sebarang kesilapan.
"Semasa memilih al-Quran, bungkusannya cantik. Tetapi kita tidak tahu
betul ke tidak betul. Jadi apabila dilulus KDN dan ada hologram, sah ia
dilulus KDN.
Jika ada masalah berbangkit, kita akan tengok nombor siri pada hologram.
"Banyak al-Quran di pasaran itu benar (sama ada yang diterbitkan di
dalam atau luar negara), tetapi dipasarkan tanpa kebenaran KDN. Kita
takut jadi isu lain pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita di
sini, hari ini.
Menurutnya semua teks al-Quran yang ingin dicetak, diterbit dan
dijual perlu mendapat Perakuan Betul Pruf Akhir Teks Al-Quran dari
Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran KDN terlebih
dahulu. - Bernama
0 comments/pendapat:
Catat Ulasan