Saman tunang sendiri?
juruteknik kilang hari ini memfailkan saman ke
atas bekas tunangnya di Mahkamah Tinggi di sini, bagi menuntut ganti
rugi berjumlah RM320,000 kerana membatalkan perkahwinan mereka yang
sepatutnya berlangsung 8 Jun lalu.
Nik Mustafa Nik Daud, 30, dari Kampung Jedok Tua, Tanah Merah yang
bekerja di Bangi, Selangor memfailkan saman itu melalui peguamnya, Mohd.
Ridzuan Muhamad di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Turut hadir kedua-dua ibu bapanya dan beberapa ahli keluarga terdekat.
Dalam tuntutannya, plaintif yang merupakan anak keenam daripada
sembilan beradik menuntut bekas tunangnya, Azlina Mohamed, 27, seorang
pengurus restoran makanan segera di Serdang, Selangor dan berasal dari
Kampung Nibong, Tanah Merah membayar ganti rugi am dan khas kerana
mendakwa menanggung malu di atas tindakan wanita itu.
Ia melibatkan ganti rugi malu RM200,000, ganti rugi teruk atau ganti
rugi teladan RM100,000, ganti rugi khas RM4,457.53 dan ganti rugi kos
hangus (barang hantaran dan persediaan perkahwinan) RM17,000.
Lelaki itu turut menuntut supaya bekas tunangnya itu memohon maaf di
dalam akhbar berbahasa Melayu di atas tindakan membatalkan perkahwinan
tersebut, selama tiga hari berturut-turut.
Dia turut menuntut faedah lapan peratus ke atas keseluruhan jumlah
saman dari tarikh tuntutan difailkan sehingga kes diselesaikan
sepenuhnya.
Nik Mustafa ketika ditemui mendakwa, dia mengalami tekanan perasaan
akibat tindakan bekas tunangnya itu kerana telah mengambil cuti kahwin
selama seminggu dan rakan-rakannya pula asyik bertanya mengenainya.
Akibatnya, dia terpaksa mengambil cuti sakit selama empat hari sehingga prestasi kerja terjejas.
Menurutnya, mereka bertunang pada 1 Mei 2011 dengan wang hantaran
RM6,000 dan tarikh pernikahan ditetapkan oleh pihak perempuan pada 8 Jun
2011 manakala majlis persandingan pada 9 Jun lalu diikuti persandingan
di pihak lelaki sehari kemudian.
Dakwanya, dia juga telah membeli dua bentuk cincin berharga kira-kira
RM3,000 untuk diserahkan kepada bakal isterinya itu pada hari
pernikahan mereka.
"Bagaimanapun seminggu sebelum tarikh tersebut, defendan menghantar
khidmat pesanan ringkas (SMS) dan meminta saya menangguhkan
perkahwinan," dakwanya yang kali terakhir bertemu bekas tunangnya itu
pada 30 Mei lalu.
Menurut Nik Mustafa lagi, berikutan SMS itu wakil bekas tunangnya
datang ke rumah ibu saudaranya bagi membincangkan penangguhan itu,
tetapi ditolak oleh keluarganya kerana segala persiapan termasuk 1,000
kad jemputan perkahwinan sudah diedarkan.
"Persiapan dulang hantaran sebelah lelaki juga telah diberikan kepada pihak perempuan," dakwanya.
Berikutan itu kata Nik Mustafa, bekas tunangnya itu sekali lagi
menghantar SMS memutuskan pertunangan mereka seminggu sebelum tarikh
mereka dinikahkan.
Jelasnya, memandangkan kad jemputan telah diedarkan, maka keluarganya
terpaksa menggantikan majlis perkahwinan tersebut dengan kenduri
kesyukuran.
Sementara itu, Azlina ketika dihubungi enggan mengulas kes tersebut
kerana tidak menerima sebarang surat daripada pihak mahkamah.
"Saya nak tengok apa tuntutan mereka dan juga bukti-buktinya dan saya
hanya memberi keterangan jika mahkamah memanggil. Kalau nak juga saya
akan lantik peguam," katanya.
Moral: jangan bertunang kalau takmau kawin looo..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Top Posts
-
Cara jernih lampu dan buat Smoke Lamp sekaligus. Salam semua... hari ni aku nak kongsi satu cerita yang buat julung-julung kalinya di pame...
-
Berikut adalah pekeliling baru untuk pengubahsuaian kenderaan persendirian SURAT PEKELILING BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF Bilangan 1 T...
-
Hundreds of Indonesian Islamists rallied in central Jakarta to demand the stoning to death and public caning of celebrities who allegedly ap...
-
PROTON JEBAT 2012 with MITSUBISHI MIVEC TURBO engine. PROTON And MITSUBISHI Motors To Pursue Broad Ranging Strategic Collaboration S...
-
nissan cefiro a31 rb20det My turbo car project is completed successfully, with new white paint, new bumper,new body kit. rb20det eng...
-
Pada pendapat aku sudah tentu ramai yg sudah tahu bagaimana untuk menukar had pengeluaran tunai di bank, dan mungkin juga ada yang masih tid...
-
Latest H onda Civic 2012-fuel economy , sporty performance, smart packaging, alternative fuels and long-term value.... POWER OF ...
-
Salam dan selamat hari-hari buat semua yang tak jemu-jemu berkunjung,dikunjung,mengunjung,pengunjung dan terkunjung kesini... Dipendekkan ...
-
NEONODE N2 PHONE MADE IN MALAYSIA. The most recent developments in mobile phone technology is the new popularity of the touch screen. N...
-
Peringatan buat ahli kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP). #KWSP mengumumkan terdapat aplikasi perisian mudah alih haram oleh pihak ketig...
0 comments/pendapat:
Catat Ulasan